CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 184|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Dua ayat ringkas Hamilton cetus tanda tanya

[Copy link]
Post time 21-8-2025 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Dua ayat ringkas Hamilton cetus tanda tanya

Agensi




HAMILTON masih gagal menghadiahkan kejayaan buat Ferrari setakat ini. FOTO Reuters



London: Lewis Hamilton mengejutkan peminat selepas memuat naik satu hantaran ringkas dan penuh teka-teki di akaun media sosialnya, kelmarin.

Juara dunia tujuh kali itu memberi bayangan bahawa dia akan berehat daripada media sosial menerusi hantaran dua perkataan kepada 8.6 juta pengikutnya di X.

Legenda F1 itu melalui detik sukar kebelakangan ini ketika dia masih bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan barunya, Ferrari, musim ini.

Mesej Hamilton kepada para peminat hanyalah "back soon" (akan kembali), memberi petunjuk ikon sukan Britain itu akan menjauhkan diri seketika daripada media sosial.

Ini selari dengan hantaran terdahulunya apabila dia memuat naik gambar pemandangan bersama anjing bulldog kesayangannya, Roscoe, dengan kapsyen "Outta office" (di luar pejabat).

Dia turut memuat naik gambar yang sama ke akaun Instagramnya dengan kapsyen "DND" - singkatan kepada "Do Not Disturb" (Jangan Ganggu).

Apabila seorang peminat membalas dengan komen "touching grass, literally" satu frasa yang merujuk kepada keluar rumah atau tempat kerja untuk berada di luar, dia membalas dengan bersetuju.

"Tepat sekali," kata pelumba berusia 40 tahun itu, memberi bayangan dia mengambil masa untuk berehat daripada media sosial bagi menyambung semula hubungan dengan aspek-aspek lain dalam hidupnya.

Tidak menghairankan Hamilton mahu menjauhkan diri daripada segalanya, memandangkan beberapa minggu yang mencabar dilaluinya di litar.

Dia masih belum mencapai impak yang diharapkan sejak berpindah dari Mercedes ke Ferrari menjelang musim 2025 dan masih gagal mencatatkan kemajuan ketara dalam perlumbaan kejuaraan.

Hamilton masih belum mencatatkan sebarang penamat podium musim ini, dan kini ketinggalan 42 mata di belakang rakan sepasukan, Charles Leclerc yang meraih lima podium setakat ini dalam kedudukan pemandu.

Peluang seterusnya untuk Hamilton mengubah nasibnya adalah di GP Belanda di Zandvoort hujung bulan ini.



Disiarkan pada: Ogos 21, 2025 @ 11:20am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1254831/dua-ayat-ringkas-hamilton-cetus-tanda-tanya




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.072811 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list