CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Kos tinggi halang F1 kembali ke Malaysia

[Copy link]
Post time 21-8-2025 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Gambar Hiasan





Kos tinggi halang F1 kembali ke Malaysia



  • Oleh NUR ALWANI ZAFIRAH KHAIRUL
  • 21 Ogos 2025, 11:59 am


KUALA LUMPUR – Malaysia belum merancang untuk menganjurkan semula perlumbaan Formula 1 (F1) dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan itu dibuat berikutan kos yuran hak penganjuran dan penyediaan fasiliti yang tinggi dan kalendar perlumbaan yang padat.

“Penganjuran kejohanan F1 di Malaysia memerlukan kerajaan melabur sekitar RM300 juta setahun untuk membayar yuran hak penganjuran kepada Liberty Media. Secara amnya, Malaysia perlu mengikat kontrak penganjuran sepanjang tiga sehingga lima dan ini akan melibatkan komitmen yuran hak penganjuran kejohanan F1 sekitar RM1.5 bilion untuk tempoh tersebut.

“Kos penyediaan litar dan penganjuran acara turut perlu diambil kira. Litar Antarabangsa Sepang masih mengekalkan penarafan homologasi litar Gred 1 Federation Internationale de l’Automobile (FIA) dan memerlukan sebanyak RM10 juta setiap tahun.

“Selain faktor kewangan, kalendar sukan permotoran ketika ini juga sudah terlalu padat,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Oscar Ling Chai Yew (PH- Sibu) mengenai adakah Malaysia boleh menghoskan F1 lagi.

Kejohanan F1 mula dianjurkan di Malaysia pada tahun 1999 dan Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan acara perlumbaan berprestij ini.

Malaysia terus menjadi salah satu destinasi perlumbaan F1 untuk 19 tahun, tetapi akibat daripada yuran penganjuran yang meningkat saban tahun dan ketibaan penonton semakin berkurangan, Malaysia telah berhenti menganjurkan kejohanan tersebut pada 1 September 2017. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/21/kos-tinggi-halang-f1-kembali-ke-malaysia/



Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.372211 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list