CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Kesihatan Wan Arif jadi tanda tanya

[Copy link]
Post time 19-8-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode
Kesihatan Wan Arif jadi tanda tanya

Amirul Fazli Zulkafli[email protected]





WAN Arif (kiri) demam dan selsema menjelang Kejohanan Dunia. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM




Kuala Lumpur: Persiapan beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King dilihat sedikit terganggu selepas salah seorang pemain mengalami masalah kesihatan sebelum Kejohanan Dunia 2025 bermula Isnin depan.

Namun begitu, jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi menyatakan demam yang dialami oleh Wan Arif tidak begitu membimbangkan apabila pemain itu sudah mula mengikuti latihan pada hari ini.

Situasi itu sedikit sebanyak memberi kebimbangan kepada jurulatih kelahiran Indonesia itu kerana Wan Arif–Roy King perlu turun di pusingan pertama menentang wakil Jepun, Kenya Mitsuhashi–Hiroki Okamura.

"Arif demam dan selsema, jadi dia tidak dapat berlatih pada Isnin. Hari ini dia sudah kembali berlatih bersama-sama yang lain tetapi hanya mampu mengikuti dua daripada program latihan yang dirancang.

"Keadaannya masih belum 100 peratus namun diharapkan esok dia boleh pulih sepenuhnya agar dia betul-betul cergas sebelum pertandingan bermula di Paris.

"Kalau tanya saya sama ada bimbang atau tidak, semestinya saya bimbang. Tetapi melihat keadaannya hari ini, saya masih percaya dia boleh bermain. Harap-harap dia segera pulih," katanya.

Semalam, pemain kelahiran Kelantan itu tidak dapat mengikuti latihan kerana keadaan dirinya itu dan Herry terpaksa memantau secara rapat situasi berkenaan.

Selain itu, Herry berpendapat wakil negara itu kini berada dalam prestasi baik selepas meraih kejuaraan Jelajah Dunia pertama mereka di Terbuka Macau awal bulan ini.

"Pada tahap ini, jurang antara pasangan adalah sangat kecil. Siapa yang lebih cergas serta lebih bersedia dari segi mental dan fizikal, itulah yang akan mendapat kelebihan. Sebab itu pemulihan Arif sangat penting," katanya.

Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara beregu lelaki di Kejohanan Dunia adalah pada 2022 menerusi Aaron Chia–Soh Wooi Yik di Tokyo.



Disiarkan pada: Ogos 19, 2025 @ 2:20pm

https://www.hmetro.com.my/arena/badminton/2025/08/1254078/kesihatan-wan-arif-jadi-tanda-tanya




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.272538 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list