CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6174|Reply: 93

Che Ta tak minat hantar Aaisyah ke asrama

[Copy link]
Post time 18-8-2025 12:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 18-8-2025 11:16 AM

Pelakon terkenal, Rozita Che Wan menegaskan kelantangannya bersuara mengenai isu buli bukanlah untuk meraih perhatian, sebaliknya bertujuan membuka mata masyarakat agar lebih peka terhadap gejala yang semakin membimbangkan itu. Rozita atau mesra disapa Che Ta, 54, berkata insiden tragis yang menimpa pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustapha, Allahyarham Zara Qairina, seharusnya dijadikan iktibar agar kejadian sama tidak berulang.




Menurut Che Ta, hatinya tersentuh sebaik membaca luahan ibu arwah di media sosial. Dia membayangkan jika dirinya berada di tempat ibu arwah, Noraidah Lamat, pasti sukar membayangkan bagaimana harus berdepan situasi itu sendirian. Demi memastikan isu ini tidak lenyap begitu sahaja, Che Ta mula berkongsi kisah tersebut di InstaStory sebelum memuat naik hantaran di Instagram feed. Tindakan itu ternyata memberi kesan besar apabila video yang dimuat naik meraih 2.3 juta tontonan serta mencetuskan perbincangan meluas dalam kalangan netizen.

Che Ta menjelaskan tujuannya adalah untuk memastikan kes arwah Zara Qairina tidak tenggelam di sebalik lambakan isu viral lain, sekali gus menggesa lebih ramai pihak untuk peduli. Mengimbas pengalamannya sewaktu tinggal di asrama dahulu, beliau mengakui pernah menyaksikan sendiri kejadian buli oleh pelajar senior yang gemar menunjukkan kuasa seolah-olah lebih berpengaruh daripada guru.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menegaskan tidak akan menghantar anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, bersekolah di asrama penuh kerana bimbang dengan isu buli yang kian berleluasa. Dalam masa sama, Che Ta menitipkan kata-kata semangat buat ibu arwah dengan meyakinkan bahawa beliau tidak keseorangan kerana seluruh negara kini bersama menuntut keadilan.

Che Ta sebelum ini antara selebriti yang lantang memperjuangkan kes ini di media sosial. Pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi sebelum meninggal dunia di hospital. Kes yang didakwa berpunca daripada buli itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga kubur Allahyarham digali semula pada 8 Ogos lalu untuk bedah siasat.

Murai.MY














Single Polls, Total 44 Users voted

Count down: 816 Days12 Hours35 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp muka che ta mcm hantu...dahla tgh2 mlm aku tgk gambar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ikut cheta lah kalau nak simpan ecah dlm almari pun anak ko
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 04:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ecah nmpk mcm org kerdil sbb muka tua tp badan kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Homeschool je la kalau byk duit. Tapi anak tu kurang expose kpd social skill dgn rakan sebaya cth nya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 09:25 AM | Show all posts
Nekta kan terpaling kayooo..anta la p private school..apo lak letak anak kat boarding school
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2025 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm org tua ecah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 18-8-2025 06:47 AM
Homeschool je la kalau byk duit. Tapi anak tu kurang expose kpd social skill dgn rakan sebaya cth ny ...

Ni betul.

Kawan I cerita her cousin bila dah besar ni asyik ada je masalah dengan orang lain. Bila kerja dengan orang asyik gaduh je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 09:39 AM | Show all posts
Skola biasa je la mcm leon meons tu. Anak ni bila kecil je ske nak rapat dgn mak. Dh besau cari kwan , besau lagi gatal berlaki pulak hehe.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 10:15 AM | Show all posts
noor2 replied at 18-8-2025 02:58 AM
Knp muka che ta mcm hantu...dahla tgh2 mlm aku tgk gambar ni...


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 18-8-2025 01:30 AM
Ni betul.

Kawan I cerita her cousin bila dah besar ni asyik ada je masalah dengan orang lain. Bil ...

Kannn.. maybe sbb dah biase sendiri. Jadi tak boleh nk ngam dgn peers.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah nekta. Kemain dok merket anak dara ko tu. Ni kalau tak dapat tangkap kerabat, anak raja ke mmg kecewa la nekta. Nampak budak tu tak bijak mana mulut kepoh macam mak juga. Mgkn boleh push si esah tu jadi host tv mcm nabil push anak dara sulung dia jadi pengacara
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:42 PM | Show all posts
kalau ecah kena cuit sikit pun

che ta datang sergah satu sekolah….mampuihh
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak pompuan seketul tu ja paling kecik plak tak perlu hantar asrama..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 18-8-2025 12:58 AM
Knp muka che ta mcm hantu...dahla tgh2 mlm aku tgk gambar ni...

Kak Noor mimpi tak? Harap tak menghantui mimpi indah kak Noor

Mujur tak bukak benang ni malam tadi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut tgk gambar Cheta mcm hantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2025 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 18-8-2025 01:13 PM
Kannn.. maybe sbb dah biase sendiri. Jadi tak boleh nk ngam dgn peers.

Tu la tu. Anak tunggal pulak. Memang tak bersosial dengan orang lain la kan. Jumpa cousins pun sekali sekala je nampak cam ok. So ingat normal la boleh bersosial macam orang lain. Sekali rupanya memang tak boleh adapt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
harap ecah jadi anak yg baik, hope tak jadi mcm markisah. aku takot tgk 2 beranak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 18-8-2025 01:49 PM
Kak Noor mimpi tak? Harap tak menghantui mimpi indah kak Noor

Mujur tak bukak benang ni mala ...

Hehe....tgkla gambar tu dgn mata, bibir..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2025 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_perfect replied at 18-8-2025 05:55 AM
Tu la tu. Anak tunggal pulak. Memang tak bersosial dengan orang lain la kan. Jumpa cousins pun sek ...

Tunggal pulak tu. Patut la. Kalo ade adik beradik at least la kan, skill gaduh2 tu basic dah ada Cuma siblings dan kwn2 kat sekolah je yg kita almost hari2 jumpa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.450409 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list