CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 182|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Femke terus ungguli 400m berpagar wanita

[Copy link]
Post time 17-8-2025 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Femke terus ungguli 400m berpagar wanita

Agensi




FEMKE (tengah) tenang memecut menuju garisan penamat. FOTO AFP



Silesia: Jaguh Belanda, Femke Bol, sekali lagi membuktikan statusnya sebagai ratu trek apabila muncul juara acara 400 meter berpagar pada Liga Berlian di sini dengan catatan 51.91 saat (s) rekod kejohanan dan catatan terbaik dunia musim ini.

Pemenang emas Olimpik dalam acara 4x400m itu mempamerkan larian penuh yakin sejak awal perlumbaan, mengekalkan rentak langkah yang kemas dan konsisten sebelum memecut meninggalkan pencabar pada selekoh terakhir.

Cubaan atlet Kanada, Savannah Sutherland, untuk menyainginya gagal apabila hanya menamatkan saingan di tempat keenam dengan masa 55.13s, jauh ketinggalan berbanding Femke.

Di belakang Femke, perebutan pingat perak dan gangsa lebih sengit dengan pelari Slovakia, Emma Zapletalova, melakar kejutan apabila memecahkan rekod kebangsaan dengan 53.58s untuk meraih perak.

Pelari Amerika Syarikat, Jasmine Jones, terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas ketinggalan tipis dengan 53.64s.

Atlet Norway, Amalie Iuel, turut mencatat rekod peribadi terbaik dengan 54.38s untuk menamatkan saingan di tempat keempat, manakala pelari Jamaica, Shiann Salmon, mengekalkan konsistensi dengan catatan terbaik musim ini, 54.56s.

Prestasi Femke bukan sahaja menutup mulut pengkritik yang meragui tahapnya, malah mengesahkan dia kekal sebagai penanda aras dalam acara 400m berpagar wanita di pentas dunia.



Disiarkan pada: Ogos 17, 2025 @ 12:20pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1253257/femke-terus-ungguli-400m-berpagar-wanita




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2026 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.150874 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list