CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 174|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Masa depan Hamilton belum berakhir

[Copy link]
Post time 17-8-2025 11:45 PM | Show all posts |Read mode
Masa depan Hamilton belum berakhir

Agensi





LEWIS Hamilton berdepan kesukaran di Ferrari. FOTO AFP



London: Masa depan Lewis Hamilton dalam Formula Satu (F1) terus menjadi perdebatan, namun sejarah menyaksikan seorang bekas pemandu pernah meninggalkan Ferrari sebelum musim berakhir.

Arturo Merzario, yang beraksi untuk beberapa pasukan sepanjang sembilan musim dengan 57 perlumbaan F1, menamatkan kariernya bersama Ferrari lebih awal selepas mengecewakan bos besar, Enzo Ferrari dan bertelagah dengan rakan sepasukan, Jacky Ickx.

Merzario turut terbabit dalam ujian jentera digelar 'snowplough' yang akhirnya tidak pernah digunakan dalam perlumbaan, walaupun rekaan itu menjadi asas kepada kereta juara dunia selepasnya.

"Pada 1973 saya memilih untuk meninggalkan pasukan," kata Merzario kepada Gazzetta dello Sport.

"Apabila saya selamatkan (jurutera pasukan) Mauro Forghieri daripada masalah, kehidupan menjadi sangat sukar untuk saya. Jadi saya buat keputusan tinggalkan pasukan sebelum beberapa perlumbaan terakhir," katanya lagi

Ketika ini, seorang lagi pemandu Ferrari turut menjadi topik perbincangan kerana berdepan masalah dengan jentera dan seakan-akan mahu meninggalkan F1 lebih awal iaitu Lewis Hamilton.

Hamilton melalui perlumbaan yang buruk di Grand Prix Hungary, sekali gus mencetus persoalan mengenai berapa lama lagi dia akan terus berlumba.

Namun Merzario, yang kekal sebagai figura legenda Ferrari, menegaskan Hamilton mesti meneruskan kariernya.

"Ia belum berakhir. Dia hanya menunggu peluang yang tepat. Dia akan ambil risiko bila perlu, bukan untuk kedudukan kelapan.

"Tambahan pula, jika dia mahu pergi sekalipun, dia pasti akan dapat pasukan lain. Hamilton sudah buktikan nilainya.

"Ia bukan seperti situasi Charles Leclerc. Charles masih perlu membuktikan dia seorang juara," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 17, 2025 @ 9:27pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253458/masa-depan-hamilton-belum-berakhir




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.881460 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list