CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 202|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Saya tidak dibayar gaji - Chong Wei

[Copy link]
Post time 17-8-2025 11:29 PM | Show all posts |Read mode
Saya tidak dibayar gaji - Chong Wei

Oleh Helmi Talkah - Ogos 17, 2025 @ 6:34pm




Chong Wei bersama Tengku Zafrul bermain pickleball.



KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei menegaskan faktor utama dia bersetuju menerima pelantikan sebagai Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) adalah untuk membalas semula jasa badan induk itu yang menjadi watak penting dalam membentuknya sebagai legenda dunia.

Bercakap kepada BH Sukan, Chong Wei, 42, yang mengumumkan persaraan pada 2019 berkata, pengorbanan BAM sepanjang kariernya terlalu besar untuk dilupakan, sekali gus membuatkan dia berasa terpanggil untuk kembali menyumbang dalam kapasiti berbeza.

"BAM sudah banyak membantu saya sepanjang karier sebagai pemain. Pelantikan ini saya anggap sebagai 'payback' kepada negara dan juga BAM.

"Apa saja yang saya mampu bantu, saya akan kongsikan untuk kepentingan skuad badminton kebangsaan," katanya.

Hubungan baiknya dengan Presiden baharu BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut menjadi pemangkin kepada kesediaannya menyertai barisan kepimpinan baharu itu.

"Sejak awal lagi Tengku Zafrul kerap berbincang dengan saya, malah beliau mendengar pandangan bukan sahaja daripada pemain tetapi juga jurulatih dan pengamal media.

"Beberapa minggu lalu beliau mengusulkan supaya saya menyertai Majlis BAM untuk membantu pasukan negara meningkatkan prestasi," jelas Chong Wei.

Bagaimanapun, Chong Wei mengakui dia mengambil masa untuk menimbang keputusan itu memandangkan kini sudah memegang beberapa jawatan lain termasuk Ahli Jawatankuasa Road To Gold (RTG), Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) serta Duta Sukan Johor.

Chong Wei turut menepis persepsi bahawa pelantikan ke jawatan dalam badan sukan utama negara memberi pulangan kewangan lumayan.

"Ramai ingat duduk dalam MSN atau BAM dapat gaji tinggi, tapi sebenarnya tidak. Semua ini adalah sukarela, sama seperti presiden. Tujuan saya bukan kerana habuan, sebaliknya mahu memberi semula kepada negara dan membantu generasi pemain baharu," katanya.

Mengulas mengenai tiga sasaran utama BAM di bawah kepimpinan Tengku Zafrul iaitu menjuarai Piala Thomas 2026, memburu emas Olimpik Los Angeles 2028 dan melahirkan sekurang-kurangnya tiga pasangan atau pemain nombor satu dunia menjelang 2030, Chong Wei menyifatkan ia satu hala tuju jelas yang wajar dipuji.

"Bagi saya ini perkembangan positif kerana semua pihak iaitu pemain, jurulatih dan pegawai mempunyai hala tuju yang sama. Untuk capai kejayaan, kita kena kerja sebagai satu pasukan," katanya.

Chong Wei menegaskan beliau akan memberi sumbangan sebaik mungkin untuk membantu BAM kembali mengembalikan kegemilangan badminton negara di persada dunia.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1434380/saya-tidak-dibayar-gaji-chong-wei





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list