CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 178|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Chimaev jadi pilihan, Du Plessis berdepan cabaran besar di Chicago

[Copy link]
Post time 16-8-2025 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Chimaev jadi pilihan, Du Plessis berdepan cabaran besar di Chicago

Reuters




JUARA middleweight UFC, Dricus du Plessis. FOTO Agensi



Chicago: Juara middleweight UFC, Dricus du Plessis bakal mempertahankan kejuaraan menentang Khamzat Chimaev dalam suasana yang dijangka memihak kepada lawannya pada aksi kemuncak UFC 319 di United Center, hari ini.

Pada sesi promosi pertarungan itu, majoriti penyokong yang hadir jelas memihak kepada Chimaev. Du Plessis, 31, akan beraksi di bumi Amerika Syarikat buat kali pertama sejak 2023 manakala Chimaev, 31, dari Rusia kali terakhir bertarung di sini pada 2022.

Rekod sempurna Chimaev (22-0 UFC) menjadikannya pilihan utama taruhan berbanding Du Plessis.

Walaupun dicemuh penonton, Du Plessis kekal tenang dan fokus, mengakui cabaran mempertahankan gelaran buat kali ketiga selepas menewaskan Sean Strickland (Januari 2024 dan Februari 2025) dan Israel Adesanya (Ogos 2024).

"Saya mahu menentang yang terbaik, dan hari ini penonton akan ingat apa yang saya katakana," katanya.

Namun Chimaev juga tidak ketinggalan dengan membalas kenyataan Du Plessis itu,"Benua Afrika tidak akan lihat tali pinggang ini lagi. Maaf semua," kata Chimaev.

Menurut laporan BetMGM, 77 peratus wang pertaruhan memihak kepada Chimaev, manakala 65 peratus jumlah taruhan menyokong Du Plessis sejak aksi berkenaan diumumkan.

Pertarungan middleweight ini menjadi acara utama daripada 13 perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia.



Disiarkan pada: Ogos 16, 2025 @ 12:34pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1252872/chimaev-jadi-pilihan-du-plessis-berdepan-cabaran-besar-di-chicago





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.039020 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list