CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 200|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Bezzecchi kuasai kelayakan, raih petak utama di Red Bull Ring

[Copy link]
Post time 16-8-2025 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Bezzecchi kuasai kelayakan, raih petak utama di Red Bull Ring

AFP





BEZZECCHI akan bermula di petak utama. -FOTO AFP



Spielberg, Austria: Marco Bezzecchi muncul pelumba terpantas selepas mendominasi sesi kelayakan yang penuh drama di Litar Red Bull Ring, sekali gus meraih petak utama bagi perlumbaan pecut dan aksi utama MotoGP Austria, semalam.

Pelumba Aprilia itu bakal memulakan saingan di petak hadapan bersama Alex Marquez (Ducati-Gresini) dan rakan senegara dari Itali, Francesco Bagnaia (Ducati) yang bermula di kedudukan ketiga.

Pendahulu kejuaraan dunia, Marc Marquez yang tergelincir keluar trek ketika sesi kelayakan, hanya mampu menempah petak keempat.

Bezzecchi yang menamatkan perlumbaan terakhir di Brno sebelum rehat musim panas di tempat kedua, terlebih dahulu perlu melalui pusingan kelayakan Q1 sebelum mara ke Q2 yang menampilkan 12 pelumba terpantas.

Catatan masa terbaiknya 1 minit 28.060 saat sudah cukup untuk memastikan kelebihan 0.016 saat mengatasi Alex Marquez, yang bakal berdepan penalti long-lap dalam perlumbaan utama esok selepas insiden pelanggaran dengan Joan Mir (Honda) di MotoGP Czech sebelum ini.

"Ia sentiasa mengejutkan apabila anda datang dari Q1 ke Q2 kerana semua pelumba sangat pantas. Dapat meraih petak utama memang luar biasa kerana semalam kami berdepan beberapa masalah.

"Dari segi rentak, ia akan sukar kerana saya tidak sepantas mereka, malah jentera KTM cukup bagus di sini. Saya akan cuba buat permulaan yang baik dan selepas itu berikan segalanya," tambahnya.

Marc Marquez pula memasuki pusingan ke-13 daripada 22 perlumbaan musim ini dengan kelebihan besar, 120 mata mendahului pelumba lain yang diketuai adiknya, Alex.



Disiarkan pada: Ogos 16, 2025 @ 7:15pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253050/bezzecchi-kuasai-kelayakan-raih-petak-utama-di-red-bull-ring




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.051262 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list