CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 179|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hamilton mungkin akan dapatkan nasihat Vettel

[Copy link]
Post time 16-8-2025 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Hamilton mungkin akan dapatkan nasihat Vettel

Agensi




LEWIS Hamilton. FOTO AFP



Milan: Lewis Hamilton mungkin akan mendapatkan nasihat daripada Sebastian Vettel ketika dia bergelut untuk menyesuaikan diri dengan kereta Formula Satu (F1) Ferrari 2025, menurut bekas mekanik Scuderia, Francesco Cigarini.

Hamilton berdepan permulaan sukar bersama pasukan Maranello, sekali gus menimbulkan persoalan baharu mengenai cara pemikiran serta masa depannya.

Selepas meninggalkan Mercedes pada penghujung musim lalu, pemandu Britain itu pada awalnya menggunakan penyelarasan sendiri untuk kereta SF-25, namun secara beransur-ansur mula mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan sepasukan, Charles Leclerc, sebaik saingan memasuki pusingan Eropah.

Leclerc lebih gemar keretanya dibina dengan karakter sendiri, tetapi ia membuatkan kereta mudah tergelincir di bahagian belakang, yang akhirnya boleh menyebabkan tayar haus lebih cepat.

Hamilton sendiri sedar mengenai isu itu dan mendedahkan di Austria bahawa bekas pemandu Ferrari, Carlos Sainz juga memerlukan selama beberapa tahun untuk membiasakan diri dengan kereta miliknya.

Cigarini percaya mengikuti apa yang dilakukan Leclerc bukanlah langkah tepat untuk Hamilton, sambil mengingatkan bagaimana Vettel bergelut apabila cuba meniru gaya Leclerc semasa mereka bersama pada musim 2019 dan 2020.

"Apabila Vettel cuba meniru apa dilakukan oleh Leclerc, dia kelihatan seperti seorang amatur. Saya fikir perkara yang sama sedang berlaku kepada Hamilton sekarang," katanya.

Mekanik Itali itu, yang pernah patah kaki selepas dilanggar Kimi Raikkonen pada Grand Prix Bahrain 2018, menjangkakan Hamilton akan menghubungi Vettel melalui telefon untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya tidak akan terkejut jika Hamilton menghubungi Vettel untuk cuba keluar daripada situasi ini," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 16, 2025 @ 9:12pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1253079/hamilton-mungkin-akan-dapatkan-nasihat-vettel




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 1.448224 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list