CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 225|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Piala FA: Selangor selangkah ke suku akhir

[Copy link]
Post time 16-8-2025 08:49 PM | Show all posts |Read mode
Piala FA: Selangor selangkah ke suku akhir

16 Ogos 2025 08:11pm





Pemain Selangor FC, Faisal Halim meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika menentang MUFT dalam saingan Piala FA 2025/2026 di Stadium MBPJ pada Sabtu. Foto Bernama






SELANGOR FC selangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Malaysian University Football Team (MUFT) 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Sabtu.

Skuad Gergasi Merah hanya memerlukan empat minit untuk membuka jaringan menerusi Muhammad Faisal Abdul Halim yang menyempurnakan hantaran Muhammad Aliff Izwan Yusof.


Pemain import, Alvin Fortes menambah gol kedua pada minit ke-24 sebelum Faisal sekali lagi meledak untuk memastikan Selangor selesa mendahului 3-0 pada babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, skuad kendalian Katsuhito Kinoshita terus menguasai permainan namun gagal menambah jaringan susulan ketahanan pertahanan MUFT.



Gol sagu hati MUFT hadir pada minit ke-82 menerusi Aiman Danial yang menewaskan Samuel Somerville, sekali gus menafikan kemenangan bersih Selangor FC.

https://www.sinarharian.com.my/article/743777/berita/sukan/piala-fa-selangor-selangkah-ke-suku-akhir


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.042300 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list