CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 176|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Peluang Andre padam rekod enam tahun

[Copy link]
Post time 16-8-2025 06:31 PM | Show all posts |Read mode
ANDRE




Peluang Andre padam rekod enam tahun

  • Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
  • 16 Ogos 2025, 4:48 pm




PETALING JAYA – Jaguh lompat jauh kebangsaan, Andre Anura Anuar berpeluang untuk memperbaharui rekod Malaysia dalam acara itu apabila turun bersaing di Kejohanan Silk Road to Tokyo di Tashkent, Uzbekistan malam ini.

Jelajah Benua Olahraga Dunia bertaraf gangsa itu juga merupakan platform buat Andre untuk layak ke Kejohanan Olahraga Dunia 2025 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun bulan depan.

Untuk layak, Andre, 26 perlu melepasi had kelayakan ditetapkan, 8.27 meter (m), memerlukannya memadam rekod kebangsaan, 8.02m diciptanya sewaktu Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina.

Bagaimanapun, ia tidak mudah kerana ini adalah kali kedua atlet dari Tenom, Sabah itu beraksi dalam acara lompat jauh tahun ini selepas Siri Cahya Mata di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Mei lalu menyaksikannya merekodkan catatan 7.43m.

Jurulatihnya, Ahmad Firdaus Salim tidak meletakkan sasaran tinggi tetapi mengharapkan prestasi terbaik daripada Andre dan juga empat atlet lompatan lain yang turut mengambil bahagian di Tashkent.

FIRDAUS (tiga dari kiri) bersama barisan atlet lompatan negara yang mengambil bahagian di Kejohanan Silk Road to Tokyo di Tashkent ketika ini. – MALAYSIAN ATHLETICS


“Kita kena ambil ruang dan peluang ini untuk bersaing dengan atlet-atlet yang sedang mengumpul mata ke Kejohanan Dunia. Dalam masa sama ia menjadi persediaan mental buat atlet.

“Kalau katakan bagus di kejohanan ini, maknanya kita boleh tangani tekanan semasa di Sukan SEA Thailand 2025 nanti.

“Tahap kejohanan lompatan di sini tinggi sebab ada juara Asia, juara Sukan Universiti Dunia, atlet-atlet dalam kelompok 10 terbaik Asia. Kita tak jangkakan apa-apa tetapi harapkan aksi terbaik,” katanya.

Selain Andre, dua lagi atlet lompat jauh wanita negara, Nurul Ashikin Abas dan Maritza Ferrer Neil Armstrong juga akan turun bersaing malam ini.

Keesokannya, Andre akan sekali lagi turun ke gelanggang, kali ini untuk lompat kijang selain Norliyana Kamaruddin dan Yap Sean Yee bagi acara lompat tinggi. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2025/08/16/peluang-andre-padam-rekod-enam-tahun/




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 1.236686 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list