CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 246|Reply: 2

[Sembang Bola Sepak] Jaringan Chiesa istimewa - Slot

[Copy link]
Post time 16-8-2025 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 16-8-2025 05:17 PM

Jaringan Chiesa istimewa - Slot

Ogos 16, 2025 @ 6:47am





Pengendali Liverpool, Arne Slot meraikan kemenangan dengan pemainnya, Federico Chiesa selepas aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Anfield. - Foto AFP






LIVERPOOL: Pengendali Liverpool, Arne Slot menyifatkan gol pemain Itali, Federico Chiesa, sebagai sesuatu yang istimewa ketika pasukannya memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 4-2 ke atas Bournemouth di Anfield.

Liverpool bermula cemerlang dengan mendahului 2-0 hasil jaringan pemain baharu, Hugo Ekitike pada minit ke-37 sebelum Cody Gakpo menggandakan kedudukan pada minit ke-49.

Bagaimanapun Bournemouth bangkit menerusi Antoine Semenyo, yang menjadi mangsa penghinaan berbaur perkauman pada separuh masa pertama sehingga perlawanan terhenti seketika, apabila menjaringkan gol pada minit ke-64 dan menyempurnakan gol keduanya 12 minit kemudian untuk mengejutkan penyokong tuan rumah.

Chiesa memastikan tuan rumah kembali di depan ketika permainan berbaki dua minit dan Salah memastikan kemenangan dengan jaringan dalam masa kecederaan.

"Hebat. Dia (Chiesa) dimasukkan pada penghujung perlawanan kerana kami perlukan gol. Untuk dia menjaringkan gol pada saat sebegitu memang istimewa.

"Ia lebih bermakna kerana penyokong sentiasa menyokongnya. Bagus apabila dia membalas dengan gol yang hebat," kata Slot.

Sementara itu jaringan minit ke-94 Salah meletakkan penyerang Mesir itu sebaris dengan Andy Cole di tangga keempat senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris pada187 gol.

Salah, yang penuh emosi, menunjuk ke langit dan membuat gerakan tangan meniru sambutan "jerung" Jota. Selepas wisel penamat, dia menuju ke bahagian The Kop sambil mengesat air mata ketika penyokong menyanyikan lagu Jota berlatarkan irama Bad Moon Rising.

Aksi di Anfield dimulakan dengan bertafakur seminit bagi memperingati Jota dan abangnya, Andre Silva, yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Penyokong turut menyanyikan You'll Never Walk Alone dengan penuh emosi.

Ekitike, yang dibeli dari Eintracht Frankfurt, menjadi pemain baharu paling menonjol selepas perpindahan bernilai lebih 300 juta pound (RM1.65 bilion).

Selepas jaringannya, penyerang Perancis berusia 23 tahun itu membuat isyarat nombor 20 sebagai penghormatan kepada Jota.

Perlawanan dihentikan beberapa minit selepas penyerang Bournemouth dari Ghana, Semenyo, melaporkan menerima penghinaan berbaur perkauman. Kapten Bournemouth, Adam Smith, mengecam tindakan itu.

"Ia langsung tidak boleh diterima. Saya benar-benar terkejut perkara seperti ini masih berlaku pada zaman sekarang.

"Saya tidak tahu bagaimana Ant mampu terus bermain dan menjaringkan gol… Sesuatu mesti dilakukan. Kami akan menyokongnya dan berharap dia akan baik-baik saja," kata Smith. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1433799/jaringan-chiesa-istimewa-slot





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2025 05:17 PM | Show all posts

Pemain Liverpool, Federico Chiesa meraikan jaringan ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Bournemouth di Anfield. - Foto REUTERS
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-8-2025 05:18 PM | Show all posts

Pengendali Liverpool, Arne Slot mengucapkan tahniah kepada pemain Bournemouth, Antoine Semenyo yang meledak dua gol pada aksi pembukaann Liga Perdana Inggeris di Anfield. - Foto REUTERS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.048574 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list