CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 191|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Marquez intai kemenangan pertama di Austria

[Copy link]
Post time 15-8-2025 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Marquez intai kemenangan pertama di Austria

Reuters




MARQUEZ perlu kawal diri di sesetengah perlumbaan. FOTO AFP



Spielberg: Marc Marquez belum pernah meraih kemenangan di Grand Prix (GP) Austria meskipun pernah tiga kali tewas tipis di belakang jentera merah Ducati, namun pelumba Sepanyol itu percaya musim ini mampu mengubah sejarah.

Bekas juara dunia berganda bersama Honda itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019 di Litar Red Bull Ring, dua kali di belakang Andrea Dovizioso dan sekali kepada Jorge Lorenzo, kedua-duanya ketika memacu Ducati.

Marquez, yang kali terakhir menaiki podium di Austria pada 2019, kini hadir daripada rehat musim panas dengan kelebihan 120 mata mengatasi adiknya, Alex, dalam carta kejuaraan.

Penunggang Ducati itu juga memburu kemenangan kesembilan musim ini.

"Ia sentiasa sengit di Austria. Saya selalu tewas kepada jentera merah milik Dovizioso dan Lorenzo yang hebat. Tapi sekarang saya sendiri menunggang jentera merah itu! Jadi kita lihat sama ada saya mampu bertarung untuk kemenangan," kata Marquez.

"Dengan kelebihan 120 mata, satu-satunya yang boleh hilangkan kejuaraan ini ialah diri sendiri. Saya perlu kawal diri di sesetengah perlumbaan kerana tidak mungkin kita jadi yang terpantas di setiap sesi latihan dan perlumbaan."

Walaupun memiliki jentera terpantas di grid, rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia, yang tidak pernah tewas di Austria sejak 2022, turut dijangka menjadi pencabar utama.

"Dia menang tiga tahun berturut-turut di sini. Dia membrek dengan sangat agresif dan itu antara sebab dia kuat di litar ini kerana titik membrek sangat penting," kata Marquez.

Bagaimanapun, Bagnaia bergelut dengan sistem brek pada jentera GP25 dan kini di tangga ketiga keseluruhan, 168 mata di belakang Marquez, dengan hanya satu kemenangan musim ini.

Juara dunia dua kali itu mengakui menggunakan rehat musim panas untuk menonton semula perlumbaan terdahulu bagi memahami punca kemerosotan prestasinya tahun ini.

"Saya mahu kembalikan kelajuan dan bertarung untuk kemenangan. Saya lihat kembali perlumbaan tahun lalu dan sebelumnya, saya sangat kompetitif, memintas, membrek keras. Tapi musim ini saya rasa saya bukan 'Pecco' yang sama. Jadi saya mahu ubah dan kembali seperti tahun lalu," katanya.



Disiarkan pada: Ogos 15, 2025 @ 10:18am

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1252455/marquez-intai-kemenangan-pertama-di-austria




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.143666 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list