CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 242|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Frank bangga walaupun Spurs tewas penalti di tangan PSG

[Copy link]
Post time 14-8-2025 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Frank bangga walaupun Spurs tewas penalti di tangan PSG

Agensi




ROMERO (tengah) menanduk masuk gol kedua Spurs ketika menentang PSG, awal pagi tadi. FOTO REUTERS



Udine, Itali: Thomas Frank mengakui amat berbangga dengan pasukan Tottenham yang hampir mencipta kemenangan bersejarah ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada final Piala Super UEFA, awal pagi tadi.

Spurs tewas menerusi penentuan penalti sesudah mensia-siakan kelebihan mendahului dua gol, sekali gus memadamkan permulaan indah era pengurus baharu itu.

Gol Micky van de Ven dan Cristian Romero memberi permulaan meyakinkan kepada Frank untuk mendahului 2-0, namun jaringan Lee Kang In dan Goncalo Ramos memaksa perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, jurulatih dari Denmark itu tetap berpuas hati dengan cara pemainnya mendominasi lawan yang dibarisi bintang dunia selama tiga suku perlawanan.

"Saya berasa amat, amat bangga dengan pemain, pasukan, kelab dan penyokong," katanya.

"Saya rasa pemain memberikan segala-galanya menentang salah satu pasukan terbaik di dunia, mungkin yang terbaik. Selama 75 hingga 80 minit kami hampir sempurna, hampir tidak memberi ruang langsung."

Tottenham akhirnya tewas selepas Van de Ven dan Mathys Tel gagal menyempurnakan penentuan sepakan penalti, namun Frank enggan menyalahkan sesiapa.

"Ia bergantung kepada margin yang paling kecil seperti lambungan syiling," katanya.

"Saya mahu berterima kasih kepada semua pemain yang tampil berani mengambil sepakan dan memikul tanggungjawab."

Frank menggunakan formasi tiga pertahanan serta memberi penekanan besar kepada situasi bola mati, yang dilatih semasa sesi memanas badan dan membuahkan hasil bagi kedua-dua gol mereka.

Taktik itu mengingatkan kepada kejayaan beliau bersama Brentford, namun kali ini ia dirangka khusus untuk mengekang PSG.

"Ia satu pembedahan khas. Dalam istilah perubatan, pembedahannya berjaya tetapi pesakit meninggal dunia, jadi akhirnya tidak begitu baik," katanya.

"Namun kami bekerja dengan pelan permainan sedikit berbeza dan hampir berjaya."

Frank turut menunjukkan kelenturan taktikal yang berbeza berbanding era bekas pengurus, Ange Postecoglou.

"Kami buktikan boleh menjadi fleksibel dan pragmatik serta perlu begitu apabila berdepan pasukan seperti PSG," katanya.

"Cara kami bertahan sama ada dengan tekanan tinggi atau bertahan, sangat baik, hampir sempurna dan situasi bola mati kami amat berkesan serta berbahaya."

Spurs akan membuka kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Burnley, Sabtu ini, sementara mereka berusaha mendapatkan penyerang Manchester City, Savinho dan bintang Crystal Palace, Eberechi Eze.



Disiarkan pada: Ogos 14, 2025 @ 12:06pm

https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2025/08/1252092/frank-bangga-walaupun-spurs-tewas-penalti-di-tangan-psg




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.227948 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list