CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 202|Reply: 0

[Sukan Bermotor] Hakim Danish sasar menang di Red Bull Ring

[Copy link]
Post time 14-8-2025 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 14-8-2025 09:47 PM

Hakim Danish sasar menang di Red Bull Ring

Aida Adilah Mat[email protected]





HAKIM Danish azam raih keputusan baik di Austria. FOTO Ihsan ZK Racing





Kuala Lumpur: Pusingan keenam Red Bull MotoGP Rookies Cup di Litar Red Bull Ring, Austria, hujung minggu ini menjadi medan penting buat pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli, untuk mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu keseluruhan.

Kemenangan di litar ikonik sepanjang 4.35 kilometer itu bukan sahaja bakal melonjakkan keyakinan, malah memberi peluang kepada Hakim Danish untuk menjarakkan lagi kelebihan mata ke atas pencabar terdekat, Brian Uriarte.

Hakim Danish mendahului senarai pelumba dengan 154 mata, berkelebihan 13 mata mengatasi Uriarte, manakala pelumba Indonesia, Veda Pratama, di tangga ketiga dengan 130 mata.

"Perlumbaan hujung minggu ini adalah penting buat saya. Saya berasa sungguh bersemangat dan teruja untuk berlumba.

"Harapan saya adalah untuk fight raih podium, malah kalau boleh nak menang. Saya akan cuba kekal tenang dan elakkan gopoh.

"Saya harap rakyat Malaysia doakan saya dapat keputusan terbaik," katanya.

Litar Red Bull Ring dengan 11 selekoh, lapan ke kanan dan tiga ke kiri, serta laluan lurus sejauh 810 meter bakal menuntut ketangkasan dan ketepatan daripada setiap pelumba, selain memberi ruang kepada aksi pintas memintas di zon brek keras.

Bagi Hakim Danish, penguasaan di perlumbaan ini mampu menjadi game changer dalam perebutan gelaran juara keseluruhan musim ini, memandangkan hanya dua pusingan lagi akan berlangsung selepas Austria.


Dua pusingan berbaki akan berlangsung di Spielberg, Austria, pada 16-17 Ogos dan di Misano, Itali, pada 13-14 September ini.


Disiarkan pada: Ogos 14, 2025 @ 8:29pm
https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1252319/hakim-danish-sasar-menang-di-red-bull-ring



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.066101 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list