CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 199|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] PKBM hantar skuad terbaik ke Sukan Sea Thailand

[Copy link]
Post time 14-8-2025 09:37 PM | Show all posts |Read mode
PKBM hantar skuad terbaik ke Sukan Sea Thailand

Aida Adilah Mat[email protected]





SHAH Firdaus bakal ketuai cabaran negara di Thailand. FOTO Bernama




Kuala Lumpur: Skuad berbasikal trek negara bersedia menghantar pasukan terbaik, termasuk jaguh keirin negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, ke Sukan Sea Thailand (9-20 Disember) dengan misi membawa pulang sebanyak mungkin emas.

Selepas tiga edisi temasya tanpa wakil trek, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mahu kembali menguasai velodrom sekali gus mempertahankan reputasi sebagai 'deposit tetap' dalam acara keirin lelaki, pecut berpasukan dan kejar mengejar berpasukan.

Setiausaha PKBM, Arif Astaman, berkata keputusan menghantar skuad terbaik itu dipersetujui bersama pengurusan pasukan trek kebangsaan dan Pengarah Teknikal, John Beasley.

"Kali ini, kami mahu pulang dengan emas sebanyak mungkin. Sebab itu kami hantar pasukan terbaik," katanya yang ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) semalam.

Beliau menegaskan tiga acara berkenaan akan menjadi fokus utama kontinjen negara di velodrom bagi merealisasikan sasaran emas.

Sesi latihan skuad trek sudah bermula di Velodrom Cheras bagi menyesuaikan diri dengan trek konkrit terbuka yang akan digunakan di temasya kali ini.

"Mereka dah mula berlatih beberapa minggu lalu di Velodrom Cheras. Ini penting kerana saingan kali ini di trek konkrit terbuka, berbeza dengan trek kayu tertutup yang ada kawalan suhu," jelasnya.

Mengulas perkembangan Shah Firdaus yang sebelum ini berdepan kecederaan, beliau berkata pelan pemulihan berjalan lancar dan tiada kebimbangan terhadap penyertaannya di Sukan SEA.

"Setakat ini tiada apa-apa kebimbangan dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara (ISN). Pemulihan berjalan baik, insya-Allah dia akan beraksi," katanya.

PKBM sebelum ini berjaya memperoleh pengiktirafan Kategori A bagi semua pelumba trek dan lebuh raya, sekali gus membolehkan kontinjen negara turun dengan kekuatan penuh di kedua-dua disiplin berkenaan.



Disiarkan pada: Ogos 14, 2025 @ 4:41pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1252235/pkbm-hantar-skuad-terbaik-ke-sukan-sea-thailand




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.332993 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list