CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 201|Reply: 0

[Sukan Bermotor] McLaughlin perkasa cabaran JMR

[Copy link]
Post time 13-8-2025 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 13-8-2025 05:39 PM

McLaughlin perkasa cabaran JMR

BERNAMA




JMR sertai perlumbaan Suzuka 1000 2025 di Jepun dari 12 hingga 14 Sept ini. FOTO FB The Royal Johor



Kuala Lumpur: Bekas juara Australian Supercars dan pelumba IndyCar Amerika Syarikat Scott McLaughlin serta pemandu pasukan factory Corvette Racing Nicky Catsburg dan Alexander Sims akan menyertai barisan pelumba bertaraf bintang pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) bagi perlumbaan Suzuka 1000 2025 di Jepun dari 12 hingga 14 Sept ini.

Johor Racing dalam kenyataan hari ini memaklumkan McLaughlin, Catsburg dan Sims akan mewakili pasukan Pro JMR manakala Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim akan bergandingan bersama pelumba Finland Konsta Lappalainen dalam kelas Pro-Am.

"Kedua-dua pasukan Pro dan Pro-Am akan menggunakan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R yang digunakan pasukan ini untuk meraih kemenangan dan kedudukan podium dalam Kejohanan GT World Challenge Asia 2025," menurut kenyataan itu.

Tunku Abdul Rahman terus menerajui kedudukan keseluruhan kejohanan berkenaan setelah memenangi tiga pusingan kejuaraan setakat ini, manakala Tunku Abu Bakar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada pusingan terbaharu di Fuji, Jepun.

Sementara itu, Tunku Abdul Rahman berkata menjadi hasratnya sejak sekian lama untuk berlumba di Suzuka 1000 dan penyertaan bersama jentera Pro JMR sememangnya sebahagian daripada perancangan sejak awal.

Beliau berkata, Alex dan Nicky dipilih berdasarkan pengalaman luas mereka mengemudi jentera Corvette dan percaya kehadiran McLaughlin akan menjadi tambahan yang hebat kepada pasukan.

Dalam pada itu, McLaughlin amat berterima kasih atas peluang untuk menjadi sebahagian daripada pasukan JMR ke Suzuka, memandangkan litar itu antara yang tersenarai dalam impiannya sebagai pelumba.



Disiarkan pada: Ogos 13, 2025 @ 3:55pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1251821/mclaughlin-perkasa-cabaran-jmr




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.077940 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list