CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 203|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Rifdean, Aliff antara bintang muay thai negara ke Sukan SEA Thailand

[Copy link]
Post time 13-8-2025 04:07 PM | Show all posts |Read mode
Rifdean, Aliff antara bintang muay thai negara ke Sukan SEA Thailand

Syazwan Msar[email protected]






ALIFF antara bintang disenaraikan skuad muay thai negara ke Sukan SEA Thailand, Disember depan. FOTO ARKIB NSTP




Kuala Lumpur: Skuad muay thai negara bakal mempertaruhkan barisan bintang termasuk dua nama besar ONE Championship, Rifdean Masdor dan Aliff Rakib bagi memburu pingat di Sukan SEA 2025 di Thailand.

Kedua-dua jaguh itu disenaraikan dalam Kategori A, sekali gus menjadi sandaran utama Malaysia pada temasya di bumi Gajah Putih itu.

Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Datuk Muhammad Shahnaz Azmi berkata, pemilihan mereka berdasarkan pencapaian cemerlang di Kejuaraan Dunia IFMA serta reputasi di pentas profesional ONE Championship.

"Ia terpulang kepada pengurusan ONE Championship. Kami akan menghantar permohonan untuk membenarkan mereka bertanding.

"Namun, jika jadual bertindih, kemungkinan mereka tidak dapat beraksi di Sukan SEA," katanya.

Selain Rifdean dan Aliff, adik kepada bintang ONE Championship Johan Ghazali iaitu Muhammad Mikail Ghazali atau Miki serta bintang BYON, Ammarul Shafiq turut disenaraikan dalam Kategori B.

Muhammad Shahnaz berkata, penyertaan mereka di Thailand adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang menuju Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur.

"Sasaran utama kami adalah memastikan persiapan rapi untuk membawa pulang pingat emas.

"Bertanding di Sukan SEA Thailand akan memberi pengalaman berharga kepada mereka," jelasnya.

Beliau berkata, peluang beraksi di temasya dwitahunan itu akan membantu atlet memahami tekanan kejohanan besar serta menyesuaikan diri dengan format pertandingan peringkat tertinggi.

Menurutnya, pengalaman itu akan menjadi bekalan penting untuk mencapai sasaran utama di Kuala Lumpur nanti.

Skuad muay thai negara kini giat menjalani latihan intensif bagi memastikan mereka berada pada tahap prestasi terbaik sebelum berangkat ke Thailand.



Disiarkan pada: Ogos 13, 2025 @ 1:55pm

https://www.hmetro.com.my/arena/lain/2025/08/1251754/rifdean-aliff-antara-bintang-muay-thai-negara-ke-sukan-sea-thailand




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.359268 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list