CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 220|Reply: 0

[Sukan Bermotor] SIC sasar rekod baharu 200,000 penonton GP Malaysia

[Copy link]
Post time 12-8-2025 11:40 PM | Show all posts |Read mode
SIC sasar rekod baharu 200,000 penonton GP Malaysia

Ferzalfie Fauzi[email protected]





HANNAH bersama Azhan pada majlis pelancaran, hari ini. FOTO KHAIRIL S ISWAN




Kuala Lumpur: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tetap optimis mencapai sasaran menarik kehadiran 200,000 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia pada 24 hingga 26 Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIC, Azhan Shafriman Hanif mengakui angka itu agak tinggi namun yakin mampu direalisasikan tahun ini.

Tahun lalu, GP Malaysia mencatat rekod kehadiran tertinggi sebanyak 184,923 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan.

"Kami sudah mencapai 75 peratus kapasiti tiket dan tahun ini kami memperkenalkan pelbagai pembaharuan menarik termasuk penganjuran festival muzik elektronik (EDM) pra-perlumbaan buat kali pertama," katanya pada majlis pelancaran GP Malaysia di sini, hari ini.

"Sasaran 200,000 memang agak mencabar, namun dengan sokongan semua pihak, kami yakin ia boleh dicapai," katanya lagi.

Dua festival EDM akan berlangsung pada 18 dan 19 Oktober, seminggu sebelum perlumbaan.

Selain itu, RM1 daripada setiap tiket yang terjual akan disalurkan kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN) bagi membantu pembangunan atlet negara.

SIC turut menawarkan promosi khas beli satu percuma satu untuk Tiket Rahmah GP Malaysia berharga RM49.90 setiap satu, bermula jam 8 malam tadi (12 Ogos) selama 24 jam sahaja (8 malam esok).



Disiarkan pada: Ogos 12, 2025 @ 10:11pm

https://www.hmetro.com.my/arena/permotoran/2025/08/1251512/sic-sasar-rekod-baharu-200000-penonton-gp-malaysia




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.890789 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list