CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 217|Reply: 0

[Sukan & Senibela Diri] Zii Jia tak tarik diri daripada Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 12-8-2025 06:27 PM | Show all posts |Read mode
Zii Jia tak tarik diri daripada Kejohanan Dunia

Oleh Helmi Talkah - Ogos 12, 2025 @ 6:19pm





Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. - NSTP/ASWADI ALIAS



KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memaklumkan tiada permohonan penarikan diri diterima daripada pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia untuk Kejohanan Badminton Dunia di Paris dari 25 hingga 31 Ogos ini, setakat jam 5 petang tadi.

Situasi berkenaan sekali gus memberi petanda dia bakal beraksi pada kejohanan berprestij itu.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, pihaknya tidak menerima sebarang makluman rasmi daripada pasukan Zii Jia menjelang tarikh akhir penarikan diri yang ditetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

"Setakat ini (jam 5 petang), tiada permohonan penarikan diri daripada pasukan Zii Jia," katanya kepada BH Sukan.

Semua pendaftaran dan penarikan diri bagi kejohanan di bawah seliaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan BAM mesti dilakukan melalui badan induk kebangsaan itu.

Zii Jia yang mempunyai perlindungan ranking di kedudukan kesembilan, kini berada di kedudukan ke-52 dunia dan tidak beraksi sejak Mac lalu kerana kecederaan buku lali yang dialami sejak Jelajah Dunia Akhir, Disember tahun lalu.

Dia kembali seketika untuk beraksi di Masters Orleans dan Seluruh England pada Mac, namun kecederaan itu kembali menghantuinya, memaksanya menarik diri daripada Terbuka Amerika Syarikat, Jepun dan China antara Jun hingga Julai.

BWF menawarkan slot ke Paris menerusi perlindungan rankingnya dan Zii Jia sudah pun menerima jemputan untuk beraksi di kejohanan itu.

https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2025/08/1432370/zii-jia-tak-tarik-diri-daripada-kejohanan-dunia





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 02:17 PM GMT+8 , Processed in 1.605797 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list