CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Sembang Bola Sepak] Palace gagal rayuan, Forest ke Liga Europa

[Copy link]
Post time 11-8-2025 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Palace gagal rayuan, Forest ke Liga Europa

AGENSI - Ogos 11, 2025 @ 8:43pm




Pemain Crystal Palace ketika meraikan kejayaan pasukan menjuarai Perisai Komuniti. . Foto: AFP



LONDON: Harapan Crystal Palace untuk beraksi di Liga Europa musim ini berkecai apabila Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan mereka berhubung keputusan UEFA yang menyingkirkan kelab itu daripada saingan kedua tertinggi Eropah.

Keputusan itu menyaksikan juara Piala FA itu akan beraksi dalam Liga Konferens, manakala tempat mereka di Liga Europa kini secara rasmi menjadi milik Nottingham Forest.

Palace sebelum ini diturunkan ke saingan Liga Konferens susulan pelanggaran peraturan pemilikan pelbagai kelab (Multi-Club Ownership, MCO) yang ditetapkan oleh UEFA.

Ini selepas siasatan mendapati pemilik bersama, John Textor, melalui syarikat Eagle Football Holdings, mempunyai kepentingan dan pengaruh dalam dua kelab - Crystal Palace dan kelab Perancis, Lyon - yang kedua-duanya layak ke kejohanan Eropah.

Menurut UEFA, hanya satu kelab yang mempunyai kaitan pemilikan boleh menyertai kejohanan yang sama. Lyon diberi keutamaan kerana menduduki tempat lebih tinggi dalam liga domestik berbanding Palace, walaupun Palace menjuarai Piala FA.

Rayuan Palace berlangsung dalam sesi selama 10 jam di Lausanne, Switzerland, Jumaat lalu. Namun, keputusan rasmi yang diumumkan CAS pada Isnin memihak kepada UEFA, satu tamparan hebat buat kelab dan penyokong mereka.

Dalam hujah mereka, Palace menegaskan bahawa walaupun Textor memiliki 43 peratus pegangan dalam kelab itu, kuasa undi dimilikinya hanya 25 peratus, berbanding 75 peratus dimiliki pengerusi kelab, Steve Parish, bersama dua rakan kongsi senyap, Josh Harris dan David Blitzer. Mereka mendakwa Textor tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan kelab.

Namun, panel CAS memutuskan bahawa Textor masih mempunyai 'pengaruh menentukan' terhadap Palace dan Lyon ketika tarikh penilaian UEFA, sekali gus melanggar peraturan MCO.

Palace turut mempertikaikan ketelusan UEFA, mendakwa tiada komunikasi rasmi diterima selain satu e-mel ke alamat umum kelab. Mereka juga menyelar tindakan Forest yang didakwa hanya mula mengambil langkah mengelak pelanggaran peraturan selepas 29 April iaitu hampir dua bulan selepas tarikh akhir yang ditetapkan UEFA iaitu 1 Mac.

Namun semua dakwaan itu ditolak oleh CAS, yang menyatakan bahawa peraturan UEFA adalah jelas dan tidak memberi kelonggaran kepada mana-mana kelab yang gagal mematuhinya sebelum tarikh penilaian.

Keputusan ini selari dengan tindakan CAS sebelum ini yang turut menolak rayuan kelab Ireland, Drogheda United, yang disingkirkan dari saingan Conference League kerana isu pemilikan bersama dengan kelab Denmark, Silkeborg IF.

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2025/08/1431949/palace-gagal-rayuan-forest-ke-liga-europa





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.115040 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list