CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4821|Reply: 17

Selebriti, artis sorok upah lumayan sedang dipantau

[Copy link]
Post time 11-8-2025 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 11-8-2025 11:20 AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Insolvensi (MdI) sedang memantau selebriti dan artis popular diisytiharkan bankrap tetapi menyembunyikan pendapatan tinggi diperoleh hasil kerja seni mereka dengan memasukkan bayaran berkenaan ke dalam akaun bank individu lain, termasuk pekerja atau ahli keluarga.

Pemantauan dilakukan jabatan berkenaan turut membabitkan pihak syarikat yang menawarkan kerja seni atau projek dilakukan artis bankrap itu bagi mengetahui ke mana bayaran disalurkan bagi pihak artis terbabit.

Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Ishak Bakri, berkata siasatan lanjut akan dibuat terhadap artis terbabit selepas ini kerana setiap individu diisytiharkan bankrap perlu melapor dan mengisytiharkan pendapatannya kepada MdI secara berkala, iaitu sekali dalam setiap enam bulan selaras Subseksyen 38(1)(b) Akta Insolvensi Malaysia [Akta 360].

Beliau berkata, pengisytiharan itu sebahagian daripada tugas statutori dan tanggungjawab mereka yang diisytiharkan muflis di negara ini, termasuk artis popular.

Katanya, kerjasama dan pematuhan artis terbabit terhadap peruntukan berkenaan juga akan menjadi asas pertimbangan untuk pelepasan daripada status bankrap pada masa depan.

"Kegagalan mereka berbuat demikian boleh menjejaskan proses itu kerana gagal memberi maklumat lengkap kepada pihak MdI. Kita tahu ramai artis popular berstatus muflis masih menerima pendapatan lumayan hasil kerja seni mereka tetapi menyembunyikannya daripada pengetahuan kami.

"Bayaran hasil kerja seni mereka dimasukkan ke akaun bank ahli keluarga, termasuk isteri atau anak, malah ada yang meminta syarikat atau penganjur memasukkan wang itu ke akaun pengurus atau pekerja mereka bagi mengelak ia dikesan MdI.

"Jadi, kita sudah melakukan pemantauan sebelum tindakan lanjut diambil termasuk memanggil syarikat terbabit memberi maklumat diperlukan untuk diaudit. Sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kesalahan mana-mana peruntukan mengikut Akta 360, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan termasuk membawa perkara ini ke mahkamah," katanya kepada BH.

Mengikut Seksyen 38 Akta Insolvensi 1967, individu muflis mesti menghantar penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap enam bulan kepada MdI dan menyerahkan lebihan jumlah wang tidak dibelanjakan itu kepada jabatan berkenaan untuk ditadbir.

Kegagalan berbuat demikian bukan saja menjejaskan peluang pelepasan daripada status muflis, tetapi turut membawa implikasi undang-undang yang serius termasuk denda dan penjara.

BH sebelum ini mendedahkan kira-kira 50 selebriti termasuk penyanyi terkenal bergelar Datuk yang dilihat berada dalam kategori 'artis kaya' masih kekal berstatus muflis, malah ada di antara mereka enggan bekerjasama membayar sumbangan bulanan ditetapkan selepas kes ditadbir agensi itu.

BH

temporary image upload

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 57 Users voted

Count down: 29208 Days15 Hours41 min.

Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak ek artis yg muflis
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 04:31 AM | Show all posts
Yang status Dato tu, suami pada “perempuan itu” kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg serang tapi saman orang pun ada kan dlm list bankrap
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MatDeghem at 11-8-2025 07:04 AM

Kalau dah muflis Masih boleh pegang title datuk ke?
Dah tak boleh ada harta. Semua harta karun harta pusaka kena jual untuk bayar hutang. Kalau bebird nya boleh di jual..dan laku pun kena jual.
Artis mana eh yg dah jadi muflis?
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 07:35 AM | Show all posts



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2025 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
2 Penyanyi rock? Awaw....search n rescue
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak ma kawan iols cakap duk bagi talk kat peniaga kecil.. kitaorang duk gelak jadah org tu muflis nak goreng apa kat peniaga² kecil lain.. sekali talk mesti 10k
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2025 08:12 AM | Show all posts
alaa reveal jer laa sapo..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 08:39 AM | Show all posts
go MDI, go!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 11:51 AM | Show all posts
actually MO gini yang tak bankrap pun ramai je buat... banyak je proxy2 jual beli property and saham pakai akaun orang lain. even pengarah sprm sekarang pun dulu mengaku adik dia beli saham pakai nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
LAKI TOKTI PUN DULU HAMPIR2 MUFLIS

TOK RED SENDIRI PUN DH DPT DUIT TETAP XBYR HUTANG
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa artis2 yang bankrap tu?


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2025 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dato unibersiti belon kah ittew?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2025 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Awie pernah mufliskan? Sekarang masih berstatus muflis lagi ker?

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/07/62065/awie-tumbuk-saya-bertubi-tubi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2025 08:25 AM | Show all posts
skg ni kenapa x nak clearkan nama dari muflis if dahada pendapatan yg baik, bukankah itu yg kita nak? supaya nama bersih dan imej kembali terjaga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2025 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Fizo dah keluar list ke? Dulu dia pernah bankrup kan? Watie elite  masuk list tak? Kes dia dgn hana  dah settle ke?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2026 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru habis konsertkah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 03:39 PM GMT+8 , Processed in 0.069842 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list