View: 7338|Reply: 33
|
Sportage baru dilancar
[Copy link]
|
|
SPORTAGE baru dilengkapi ciri mewah untuk keselesaan pemanduan.
NAZA Kia Malaysia akan melancarkan model Sportage baru 21 Jun ini dengan jangkaan harga sekitar RM140,000 seunit.
“Kami yakin Sportage baru itu akan diterima baik pengguna di negara ini,” kata Ketua Eksekutifnya SM Nasarudin SM Nasimuddin dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam. Model Sportage baru itu menampilkan rupa bentuk lebih urban dengan bentuk badan lebih menarik berbanding model sebelumnya. Ia juga menyediakan pemandu dengan tahap prestasi, kecekapan, keselesaan serta teknologi kenderaan terkini.
Sportage baru itu dilengkapi enjin petrol Thetha II 2.0 Kia yang cekap dari segi penggunaan bahan api dengan injap kembar boleh ubah berterusan (CVVT) yang menghasilkan kuasa yang lebih tinggi.
Antara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik.
Bagi kemudahan dan keselesaan pemandu, Sportage baru itu dilengkapi paparan kamera pandangan belakang, penyaman udara auto dua zon, Bluetooth, AUX, iPod dan sambungan USB serta penarafan Euro NCAP lima bintang.
Sportage baru itu adalah model ketiga yang diperkenalkan Naza Kia di Malaysia tahun ini selepas Forte 6-Speed dan Forte Koup.
Ketua Operasi Naza Kia Malaysia, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar, berkata Sportage baru yang akan diperkenalkan itu bakal mengubah landskap segmen SUV kompak di pasaran tempatan.
“Sportage kini adalah kenderaan Kia kedua terlaris di dunia dengan sejumlah 128,948 unit dijual dalam lima bulan pertama tahun ini.” katanya.
P/S : Apa lagi..meh sambar sebuah |
|
|
|
|
|
|
|
140k???!!...agak mahal utk sebuah brand korea..kalo bwh 130k ade can leh kuburkan CRV |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 2# kecimpret
Itu ler pasai nye.. |
|
|
|
|
|
|
|
laa ni urup H dah about RM10k..
Kalo urup T extra lagi RM4-5k..
tapi kalo urup T tampal kat P2... dlm RM50-60 dah bleh dpt dpn blakang....
|
|
|
|
|
|
|
|
haha mcm haram..ado gak P2 tampal stiker vtec..mau up hargo 10k |
|
|
|
|
|
|
|
Bumbung Matahari & Bumbung Bulan
Sportage ni ada bumbung matahari
"Antara ciri mewahnya pula adalah transmisi automatik enam kelajuan, bumbung matahari yang besar dan panoramik."
Apa beza bumbung matahari dan bumbung bulan
A sunroof is opaque (usually flush metal with the body color on the outside). This roof can either tilt open to vent, slide open to let in light, or both. It is called a sunroof because the opacity prevents the sun from heating up the vehicle. These have existed for quite some time.
In the 1970s, Ford introduced a glass sunroof that they named the Moonroof (actually, the American Sunroof Company, the company that made all domestic sunroofs and now known as American Specialty Cars invented it, but Ford was the first to install it). So to answer the question, a moonroof is a sunroof made of glass.
The problem is, the distinction is becoming lost as more and more people use it incorrectly. Most people today just consider any sort of hole in the roof a sunroof. But in the strictest sense, sunroof=metal, moonroof=glass.
Read more: http://wiki.answers.com/Q/What_i ... f_any#ixzz1PQ7JiAQo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# zzcbr
oh mcm itu baru saya tau, selama ni saya panggil sunroof jer . tq |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah mula minat KIA sejak keluar model FORTE..sebelum ni..haram tak minat |
|
|
|
|
|
|
|
Design mmg cantik. Tp sebab korean org Malaysia kurang minat. Tambah pula harga agak tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sasar jual 60,000 unit di Asia
Malaysia pasaran kedua terbesar selepas Vietnam bagi kenderaan KIA
KIA Motors menyasarkan menjual sehingga 60,000 unit kenderaannya di Asia tahun ini dengan 30 peratus atau kira-kira 18,000 unit di Malaysia.
Ketua Operasi Asia dan Pengurus Besar KIA Motors Corp Asia & Pacific Regional HQ, Seonpil Choi, berkata Malaysia kini adalah pasaran kedua terbesar bagi Kia di rantau ini selepas Vietnam. Beliau berkata, tahun lalu, Malaysia menyumbangkan jualan 11,000 unit membabitkan semua model dan syarikat itu meletakkan sasaran lebih tinggi sebanyak 18,000 unit tahun ini. “Daripada jumlah yang disasarkan itu, model Kia Forte dijangka menjadi penyumbang terbesar dengan jualan sebanyak 8,000 unit.
“Prestasi jualan kami pada awal tahun agak perlahan tetapi meningkat bermula Mac lalu dirangsang pelancaran model Forte dan akan berterusan selepas pelancaran lebih banyak model baru tahun ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Kia Sportage 2.0L baru di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama, Ketua Eksekutif Naza Kia Malaysia, SM Nasaruddin SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Hafiz Syed Abu Bakar.
Choi bagaimanapun berkata, kebimbangan utama ketika ini adalah kilang pengeluaran milik Kia Motors Corporation (KMC) yang dikhuatiri tidak dapat menampung kenaikan permintaan itu.
Katanya, pengeluaran kenderaan KMC kini mencecah kapasiti pengilangan maksimum, menyebabkan sasaran jualan global tahun ini ditetapkan pada tahap optimum sekitar 2.5 juta unit.
“Cabaran terbesar kami adalah memastikan bekalan kenderaan mencukupi untuk diedarkan di pasaran serantau, kerana kapasiti pengeluaran kenderaan KMC di Korea dan di luar negara sudah pun mencapai kapasiti penuh.
“Sebenarnya sasaran jualan ketika ini bergantung kepada kapasiti pengeluaran kami iaitu sekitar 2.5 juta unit, itulah pertumbuhan yang kami sasarkan untuk tahun ini berbanding prestasi jualan sebanyak 2.1 juta unit tahun lalu,” katanya.
Mengenai model Kia Sportage 2.0 baru itu, Hafiz berkata, syarikat menyasarkan menjual 200 unit sebulan berdasarkan permintaan kukuh model itu di pasaran tempatan.
Katanya, model Kia Sportage diimport sepenuhnya (CBU) menawarkan lima warna menarik, iaitu Clear White, Bright Silver, Techno Orrange,Sand Track dan Mineral Silver itu dijual pada harga RM138,888 seunit. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai masih skeptikal dgn after sales Naza.. including me. Kalau ok pun aku tak beli. Sebab tak mampu heheheehe |
|
|
|
|
|
|
|
Very nice car.......kalau ade rezeki....insyaAllah will buy one.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku prefer Sorento dari Sportage nie... |
|
|
|
|
|
|
|
aiseh...baru je angkat tucson |
|
|
|
|
|
|
| |
|