CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6756|Reply: 0

Ab Rahaman Ketua Polis Johor yang baharu

[Copy link]
Post time 4-8-2025 01:41 PM | Show all posts |Read mode
Ab Rahaman Ketua Polis Johor yang baharu

Oleh Izz Laily Hussein - Ogos 4, 2025 @ 1:33pm




Abdul Aziz memakaikan pangkat Komisioner kepada Ab Rahaman (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di IPK Johor hari ini. NSTP/NAJMI NOR’AZAM



JOHOR BAHRU: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Komisioner Ab Rahaman Arsad dilantik Ketua Polis Johor yang baharu bagi menggantikan Datuk M Kumar yang dilantik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas Ketua Polis Johor diadakan hari ini dengan Kumar, 56, menyerahkan nota serah terima tugas dan tongkat kuasa kepada Ab Rahaman, 58, sambil disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid.

Terdahulu, Abdul Aziz turut memakaikan pangkat Komisioner kepada Ab Rahman pada Majlis Pemakaian Pangkat Komisioner Polis, hari ini.

Ab Rahaman yang berasal dari Kulai, Johor, memulakan kerjaya polis pada 1989 dan pernah menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan Kedah.

Kumar pula yang memulakan khidmat dalam PDRM pada 1 Disember 1991 sebagai inspektor pernah menjadi Timbalan Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua JSJ Johor, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan Ketua Polis Daerah Mersing.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor antara Datin SP Shanthi dan Salwah Mahdan yang disaksikan Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Selmiah Tuan Ibrahim.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/08/1428587/ab-rahaman-ketua-polis-johor-yang-baharu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 1.054464 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list