CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 6881|Reply: 0

Johnny Lim, 'anak Cina' pertama naik pangkat Leftenan Jeneral ATM bersara

[Copy link]
Post time 31-7-2025 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Johnny Lim, 'anak Cina' pertama naik pangkat Leftenan Jeneral ATM bersara

Julai 31, 2025 @ 12:41pm





Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng. - FB Khaled Nordin



KUALA LUMPUR: Leftenan Jeneral Datuk Johnny LimEng Seng, yang mencatat sejarah sebagai pegawai berbangsa Cina pertama dipakaikan pangkat berkenaan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkongsi perkembangan itu menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat Komandan Maktab Ketahanan Nasional (NRC) itu sempena persaraannya.

"Bagi pihak kerajaan dan Kementerian Pertahanan, saya menzahirkan penghargaan kepada beliau atas segala khidmat bakti dan jasa kepada negara dan ketenteraan.

"Saya berharap beliau dapat terus memberikan sumbangan kepada tanah air dalam kapasiti tersendiri. Terima kasih Panglima dan selamat menempuh alam persaraan," menurut hantaran berkenaan.

Jun lalu, beliau mencatat sejarah sebagai pegawai berbangsa Cina pertama yang memakai pangkat Leftenan Jeneral dalam ATM.

Lim menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah St Francis di Melaka dari 1973 hingga 1978 dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah St Francis hingga 1983.

Beliau kemudiannya menyertai Kursus Pegawai Kadet Tetap ke-25 (TJT 25), menjalani latihan di Royal Military Academy Sandhurst dan ditauliahkan ke dalam Rejimen Renjer Diraja.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/07/1426919/johnny-lim-anak-cina-pertama-naik-pangkat-leftenan-jeneral-atm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 1.100626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list