CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6907|Reply: 0

Tengku Hassanal sertai latihan komando TUDM

[Copy link]
Post time 30-7-2025 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Tengku Hassanal sertai latihan komando TUDM

NORAWAZNI YUSOF
30 Julai 2025 06:13pm





Tengku Hassanal. Foto FB Kesultanan Pahang






KUANTAN – Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pembukaan Latihan Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama Kursus Komando TUDM Siri 32/2025.

Baginda bukan sahaja menghadiri majlis pembukaan tersebut, malah turut berkenan menyertai sendiri latihan bersama Pasukan Khas Udara (Paskau) dan Kursus Komando TUDM yang dijadualkan berlangsung selama tiga bulan, bermula Selasa hingga akhir Oktober ini.


Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi Facebook Kesultanan Pahang pada Rabu.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya dan Panglima Rejimen TUDM, Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham Muhamad Ibrahim.



Paskau merupakan unit elit di bawah TUDM yang memainkan peranan penting dalam mempertahankan ruang udara negara.

Pasukan tersebut ditubuhkan bagi menangani situasi kritikal seperti rampasan pesawat, ancaman terhadap pangkalan udara serta melaksanakan operasi khas berisiko tinggi demi keselamatan negara.

https://www.sinarharian.com.my/article/741106/edisi/pahang/tengku-hassanal-sertai-latihan-komando-tudm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.565282 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list