|
View: 1001|Reply: 6
|
hulk-hogan-meninggal-dunia
[Copy link]
|
|
|
hulk-hogan-meninggal-dunia
Dipetik dari kosmo.com.my
NEW YORK – Legenda gusti, Hulk Hogan meninggal dunia pada usia 71 tahun, lapor laman berita Yahoo.
Menurut media Amerika Syarikat, penggusti itu ditemui mati di kediamannya di Clearwater, Florida, pagi Khamis(22 Julai).
Adalah difahamkan dia mengalami serangan jantung, demikian menurut laman hiburan TMZ.
Dalam satu kenyataan Hiburan Gusti Dunia(WWE) menyatakan: “WWE sedih mendapat tahu bahawa Hulk Hogan meninggal dunia.”
“Mendiang merupakan antara tokoh budaya pop paling popular. Hulk Hogan membantu WWE mencapai populariti global dalam tahun 1980-an.
“WWE mengucapkan takziah kepada keluarga, rakan dan peminat Hogan,” tambahnya.
Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea, berdepan masalah kesihatan sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas menjalani berbilang pembedahan.
Akhbar Daily Star melaporkan awal minggu ini bahawa Hogan tidak boleh bercakap dan dipantau oleh seorang petugas perubatan di rumah selepas mengalami reaksi teruk akibat pembedahan.
Hogan membuat kemunculan pertama pada 1977 di bawah nama The Super Destroyer sebelum menukarnya kepada Hulk Hogan dan menjadi popular dalam tahun 1980-an.
Sepanjang kerjayanya, dia pernah bertarung dengan The Rock dan Andre The Giant serta mencipta terma Hulkamania. – AGENSI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sejak2 nflix ada gusti ni mmg ligat lah mak ayah tgk gusti..asyik ada live je manjang
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Takziah. Osbourne pun baru meninggal. Dedua ada reality show tp pnh tgk hulk hogan je. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ozzy mati tu tak terkejut sgt ...dia tu pun kelihatan hazab benar uzurnya. cuma yg bermain -main dlm fikiran dia bunuh diri ke?sbb timing dia perfect betul. 2 minggu betul2 lps farewell concert.dia punya hype pasal concert tun pun masih lagi berlegar-legar dlm social media aku 2-3 hari sblm dia mati .bab reality show pulak peminat2 black sabbath,ozzy marah betul dia join mende alah tu.semua salahkan sharon
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tambah Sharon pnh ckp psl suicide pact. Boleh jd juga kan tp katanya mmg nazak. Percaya je la hehe.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
The guy ruined his own name in the end. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Brooklyn x layak terima harta & semua duit Hulk Hogan |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|