CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7024|Reply: 0

TUDM nilai 38 pesawat F/A-18 Hornet milik Kuwait September ini

[Copy link]
Post time 23-7-2025 07:00 PM | Show all posts |Read mode
TUDM nilai 38 pesawat F/A-18 Hornet milik Kuwait September ini

Hafidzul Hilmi Mohd Noor[email protected]





MUHAMAD Norazlan ketika sidang media selepas majlis Perintah Ulung Panglima Tentera Udara ke-21. FOTO Hairul Anuar Rahim




Subang: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan penilaian terhadap 38 pesawat F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait, September ini.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, pihaknya sudah mendapat kelulusan daripada Amerika Syarikat (AS) sebagai pengeluar pesawat berkenaan.

"Selepas pihak negara pengeluar memberikan kelulusan untuk perolehan pesawat berkenaan, TUDM kini boleh melihat dokumentasi dan rekod berkaitan pesawat berkenaan dan kami sudah mempersiapkan pasukan untuk membuat penilaian di sana.

"Mereka dijangka berlepas ke Kuwait September ini untuk menilai kesesuaian pesawat ini untuk dibeli, proses penilaian dijangka mengambil masa antara tiga minggu untuk mereka menilai semua dokumen dan rekod mengenai pesawat berkenaan," katanya pada sidang media selepas menyampaikan Perintah Ulung Panglima Tentera Udara Ke-21 di Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Norazlan berkata, penilaian berkenaan adalah penting bagi melihat aspek kesesuaian pesawat berkenaan terutamanya membabitkan isu penyelenggaraan.

"Seperti sedia maklum pesawat ini adalah pesawat terpakai, kita perlu melihat dari pelbagai aspek seperti penyelenggaraan pada masa hadapan, tiada guna jika kita mampu beli dalam jumlah yang banyak tetapi tidak mampu untuk menyelenggara (maintain) pesawat ini untuk operasi kita," katanya.

Mengulas mengenai tarikh penyerahan pesawat berkenaan, Norazlan berkata, ia bergantung kepada bila Tentera Udara Kuwait menerima pesawat F/A-18E/F Super Hornet.

"Saya difahamkan kalau dapat empat pesawat dapat diserahkan kepada Kuwait kita akan terima empat buah pesawat, jika mereka (Kuwait) terima lapan pesawat kita (TUDM) juga akan terima lapan," katanya.

Sebelum ini, pada 16 Jun lalu, AS secara rasmi meluluskan pemindahan aset iaitu pesawat F/A-18 Legacy Hornet.

Kelulusan penting itu disahkan mantan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Asghar Khan Goriman Khan.

Beliau mengumumkan bahawa Washington sudah memberikan kebenaran Pemindahan Pihak Ketiga (TPT) yang diperlukan, satu langkah mandatori bagi penjualan peralatan pertahanan buatan AS di antara dua negara asing.



Disiarkan pada: Julai 23, 2025 @ 6:03pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1243999/tudm-nilai-38-pesawat-fa-18-hornet-milik-kuwait-september-ini




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 11:59 AM GMT+8 , Processed in 1.430362 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list