CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 5

Alat komunikasi di telinga meletup, gegendang kiri anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa rosak

[Copy link]
Post time 16-7-2025 09:50 AM | Show all posts |Read mode





Detik hitam atas pentas menjadi mimpi ngeri buat anggota kumpulan Mamamoo, Hwasa apabila penyanyi itu mendedahkan kini mengalami masalah pendengaran serius selepas alat komunikasi di telinga (ear monitor) yang dipakai meletup ketika membuat persembahan.


Menerusi temu bual di sebuah rancangan realiti, idola berusia 30 tahun itu menjelaskan insiden berkenaan berlaku akibat tindakannya menaikkan tahap bunyi alat itu ke tahap maksimum, sehingga mengakibatkan gegendang telinga kirinya rosak dan mengalami tinnitus atau masalah pendengaran.


“Selalunya apabila sorakan peminat sangat kuat, saya naikkan bunyi ear monitor ke tahap paling maksimum supaya boleh dengar muzik dengan jelas.


“Ketika menjayakan persembahan di Boston, alat itu benar-benar meletup menyebabkan gegendang saya rosak dan saya juga alami tinnitus,” katanya.


Akibat insiden tersebut, Hwasa kini berdepan gangguan pendengaran pada telinga kiri.


Tidak terhenti di situ, Hwasa turut mengalami kesakitan teruk di bahagian kaki, namun tetap meneruskan persembahan pada hari kejadian.


“Terlalu sakit dan tak boleh berdiri waktu itu, tapi saya kena teruskan juga. Saya tak sanggup hampakan peminat,” tambahnya.


Terdahulu, Hwasa memulakan jelajah solo pertamanya, Twits, dengan persembahan penuh semangat di MGM Music Hall, Boston, Amerika Syarikat.


Konsert tersebut menampilkan gabungan lagu solonya, lagu-lagu daripada kumpulannya, Mamamoo, serta nyanyian semula dendangan artis lain yang memberi inspirasi kepadanya.


Hwasa turut dikenali menerusi dua album mini iaitu Maria (2020) dan O (2024), sebuah album single Guilty Pleasure (2021), serta beberapa album solo popular seperti Twit.


Selain Hwasa, kumpulan Mamamoo turut dianggotai Solar, Wheein dan Moonbyul.


Sumber : -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2025 04:28 PM | Show all posts
Ei seramnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2025 04:00 PM | Show all posts
OMG!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nyer
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2025 12:58 AM | Show all posts
Hope that she is okay.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2026 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Get well soon.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58281 Replies : 1099
Tak tidur lagi ke?
maklukpenggodaTak tidur lagi ke?
Views : 18490 Replies : 32
DARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancing mengganas lagi
laqoyahDARSITA @ Yuen Kong betina lubang hancin
Views : 1556 Replies : 1
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 7068 Replies : 3
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43995 Replies : 588
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21107 Replies : 12
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22301 Replies : 4
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 30518 Replies : 132
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 2424 Replies : 0
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366758 Replies : 3563

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:32 AM GMT+8 , Processed in 1.565005 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list