CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 714|Reply: 0

[Kelantan] Keluarga dua penuntut UPSI tunai umrah

[Copy link]
Post time 13-7-2025 11:03 PM | Show all posts |Read mode
Keluarga dua penuntut UPSI tunai umrah

Nor Fazlina Abdul Rahim[email protected]





KELUARGA dua penuntut UPSI maut dalam nahas kemalangan bas di JRTB, Gerik berlepas menunaikan umrah hari ini atas tajaan sebuah syarikat. FOTO Ihsan Sinar Suci Travel.




Kota Bharu: Keluarga dua penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam nahas kemalangan bas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik pada 9 Jun lalu berlepas menunaikan umrah, hari ini.

Mereka berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) pada 10 pagi sebelum meneruskan penerbangan ke Makkah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2.30 petang ini.

Dua keluarga berkenaan adalah waris Allahyarham Fatin Nasrien Fadli, 22, dan keluarga Allahyarham Nur Ainur Qistina Mat Ali, 22.

Kesemua mereka mendapat tajaan pakej umrah daripada sebuah syarikat yang turut menaja tiga pemandu van jenazah daripada Pertubuhan Amal Komuniti Besut.

Ibu kepada Allahyarham Fatin Nasrien, Norhasliza Yusof, 43, berkata, dia memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang menunaikan ibadah umrah hari ini.

"Sepatutnya pakej diberikan kepada saya dan suami namun disebabkan anak-anak masih kecil dan masih bersekolah, ibu mentua menggantikan suami.

"Lebih bermakna lagi apabila ini kali pertama buat saya dan ibu mentua ke Makkah dan sudah tentu hadiah ini begitu bererti buat saya dan keluarga.

"Dalam Allah hadirkan saya ujian kehilangan anak secara mengejut, apatah lagi anak harapan dan anak sulung keluarga, namun Allah hadirkan rezeki untuk menghantar saya ke Makkah menunaikan umrah.

"Sedikit sebanyak saya berharap dengan kunjungan ke rumah Allah ini mampu memberi ketenangan kepada saya memandangkan sebelum ini bersedih dengan kehilangan anak tersayang," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, waris 15 pelajar UPSI yang maut dalam tragedi bas persiaran di Gerik, Perak menerima tajaan pakej umrah, 9 Jun lalu.



Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 1:58pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1240344/keluarga-dua-penuntut-upsi-tunai-umrah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.577990 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list