CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 585|Reply: 0

[Terengganu] Baik pulih laluan pantai sejauh 280 m dijangka siap Oktober

[Copy link]
Post time 13-7-2025 10:59 PM | Show all posts |Read mode
Baik pulih laluan pantai sejauh 280 m dijangka siap Oktober

Baharom Bakar[email protected]





NANTA (dua dari kiri) mendengar penerangan mengenai Projek Membaiki Tebing Pantai Jalan Telipot-Batu Rakit ketika lawatan di Kampung Batu Rakit hari ini. FOTO Ghazali Kori.




Kuala Terengganu: Kerja membaikpulih laluan pantai sejauh 280 meter di Kampung Mengabang Telipot, di sini yang runtuh akibat fenomena Monsun Timur Laut (MTL) akhir tahun lalu dijangka siap sepenuhnya Oktober ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, berkata kemajuan projek termasuk membina runtuhan dan tebing serta membaiki jalan yang bermula sejak April lalu kini mencapai tahap 58.53 peratus.

Katanya, kontraktor yang bertanggungjawab berjaya menyiapkan kerja-kerja terutama pemasangan dinding penahan, sistem geotekstil, tambakan pasir dan penstabilan struktur tanah 17 hari lebih awal daripada jadual sebenar.

"Sehingga Jun lalu, kemajuan fizikal projek mencapai 58.24 peratus iaitu 13.71 peratus lebih awal daripada jadual ditetapkan iaitu 72.24 peratus.


"Setakat ini sebanyak RM3.03 juta daripada kos sebenar iaitu berjumlah RM4.95 juta sudah digunakan," katanya ketika meninjau projek membaiki runtuhan jalan dan tebing disebabkan fenomena MTL di Kampung Mengabang Telipot, di sini, hari ini.


Turut hadir adalah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Mazlan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan negeri (DUN), Khazan Che Mat dan Ketua Urusetia DUN Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.

Nanta Linggi berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri melakukan pemantauan rapi bagi memastikan projek yang menggunakan peruntukan daripada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) siap mengikut jadual.

Mengulas laluan Jalan Aring-Gua Musang, Nanta Linggi berkata, kerajaan sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM36 juta.

Katanya, projek membina runtuhan di jalan berkenaan dijangka dimulakan selepas perolehan di keluarkan November depan.



Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 5:04pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1240410/baik-pulih-laluan-pantai-sejauh-280-m-dijangka-siap-oktober




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.430218 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list