CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

[Kelantan] 'Rampasan dadah besar-besaran di Kelantan bukti penguatkuasaan di lapangan berkesan'

[Copy link]
Post time 13-7-2025 10:56 PM | Show all posts |Read mode
'Rampasan dadah besar-besaran di Kelantan bukti penguatkuasaan di lapangan berkesan'

Nor Fazlina Abdul Eahi[email protected]




KETUA Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat (kanan) bersama pegawainya menunjukkan rampasan 90 kilogram (kg) dadah jenis ganja mampat dan bunga ganja bernilai RM3.1 juta. FOTO Nik Abdullah Nik Omar.




Kota Bharu: Tangkapan dan rampasan dadah besar-besaran di Kelantan bernilai jutaan ringgit sejak kebelakangan ini jelas membuktikan penguatkuasaan di lapangan sedang berjalan dengan berkesan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk DrMohamed Fadzli Hassan, turut merakamkan penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan besar ini.

Tegasnya, tidak perlu ada persepsi negatif terhadap Kelantan kerana apa yang lebih penting ialah tindakan tegas dan hasil yang nyata.

"Kerajaan Kelantan memandang serius isu penyalahgunaan dadah yang mampu menghancurkan masa depan generasi.

"Kita menegaskan penguatkuasaan mesti diperkasakan secara konsisten oleh semua agensi berkaitan agar masalah ini dapat ditangani secara lebih menyeluruh," katanya menerusi Facebook.


Pada masa sama katanya, pihaknya juga sedar bahawa sebagai negeri yang berkongsi sempadan darat dengan negara jiran, Kelantan berdepan cabaran unik dengan aktiviti penyeludupan yang semakin licik.

Katanya, sempadan yang panjang, laluan tikus yang banyak serta sindiket antarabangsa memerlukan pendekatan lebih menyeluruh dan kerjasama pelbagai agensi di semua peringkat.

"Pada masa yang sama, kita tidak hanya berpeluk tubuh. Kita turut mengambil inisiatif melalui Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Kelantan.

"Selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam, Kelantan akan terus konsisten, tegas dan berprinsip dalam mendukung segala usaha membanteras dadah.

"Kita yakin dengan kerjasama erat semua pihak, termasuk agensi penguatkuasaan di peringkat Persekutuan, Kelantan mampu menjadi model negeri bebas najis dadah meskipun berdepan cabaran sebagai pintu masuk utama di sempadan negara.

Terdahulu media melaporkan, polis Kelantan menahan pasangan suami isteri dan merampas 90 kilogram (kg) dadah jenis gamja bernilai RM3.1 juta di Kuala Krai dan Pasir Puteh, kelmarin.



Disiarkan pada: Julai 13, 2025 @ 10:43pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/07/1240480/rampasan-dadah-besar-besaran-di-kelantan-bukti-penguatkuasaan-di-lapangan




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.704721 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list