CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 515|Reply: 0

Mahkamah Seoul keluar waran tangkap terhadap bekas Presiden Yoon

[Copy link]
Post time 10-7-2025 03:52 PM | Show all posts |Read mode


SEOUL: Sebuah mahkamah di Seoul pada Khamis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol berhubung dekri undang-undang tentera pada Disember lepas, menjadikannya penahanan kedua beliau berkaitan kes itu, lapor Xinhua memetik agensi berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengeluarkan waran itu selepas sesi pendengaran berikutan permohonan oleh Peguam Khas Cho Eun-suk.

Yoon menghadapi lima pertuduhan, termasuk melanggar hak anggota Kabinet dengan mengecualikan sebahagian besar mereka daripada satu mesyuarat penting sebelum pengisytiharan undang-undang tentera pada 3 Dis.

Beliau juga dituduh memalsukan dokumen undang-undang tentera selepas pengisytiharan itu sebelum ia ditandatangani oleh Perdana Menteri ketika itu Han Duck-soo dan Menteri Pertahanan ketika itu Kim Yong-hyun.

Pertuduhan lain termasuk mengarahkan penyebaran kenyataan palsu kepada media asing, mengarahkan pembantu menghalang penahanannya pada Januari, serta mengarahkan pemadaman rekod panggilan daripada “telefon selamat”.

Yoon menafikan semua pertuduhan semasa sesi pendengaran itu. Beliau kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Seoul di Uiwang, selatan ibu negara.

Bekas presiden itu pertama kali ditahan pada Januari, namun dibebaskan pada Mac selepas Mahkamah Daerah Pusat Seoul membatalkan penahanan berkenaan.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:46 PM GMT+8 , Processed in 1.220130 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list