CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6987|Reply: 30

TOYOL NAKAL

[Copy link]
Post time 2-6-2011 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Jason_DeRulo at 5-6-2011 01:07

Filem melayu yang baru ditayangkan hari ni..TOYOL NAKAL...arahan Z.Lokman yang x silap sy pernah arahkan filem2 kurang or tak dapat sambutan seperti No Problem, Mendam Berahi....tapi pernah mencipta nama mengarah filem2 di tahun 80-an...
ULASAN ADA DI POST NO 37...TULISAN SEORANG PENULIS BLOG
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2011 05:07 PM | Show all posts
Wahh... komedi zaman silam sangat dengan filem macam nih, Z Lokman pulak tu yg direct, bersekali dgn Mr Os ... pakej 80an sesangatss
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 12:08 AM | Show all posts
tengok iklan...ya ampun toyol kecik tuhh...nak jadik drama rtm pown tak layak aku raser..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 09:22 AM | Show all posts
Filem ni boleh dimasukkan dalam senarai FILEM YG TAK WAJAR DIJADIKAN FILEM.
Memalukan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 09:49 AM | Show all posts
Budget filem ni tinggi jgk .. more than 1m .. tapi kualiti gambar cam 80an
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 11:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by takeshi_anwar at 3-6-2011 12:00

Ya Allah... Z.Lokman ni ada lagi ke? Ada baca dulu dah merajuk dgn industri filem siap kata jual pisang goreng kalu x silap... tetiba kuar filem mcm **(&^% ni.. tgk trailer mcm apa ntah... adoooiii

SEMAK : Zarith Z  Lokman laaaaaaaa..... adoii
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-6-2011 07:28 PM | Show all posts
mmg la mcm filem 80-an..sbb pengarah pun pengarah 80-an...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2011 08:11 PM | Show all posts
memalukan industri sangat filem-filem haus macam ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2011 08:15 PM | Show all posts
35 pawagam je yg sudi tayang uols...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 05:57 PM | Show all posts
agak2 astro first nak ambik x ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2011 01:06 AM | Show all posts
Sebaik sahaja melangkah masuk ke pawagam TGV Wangsa Walk kira-kira pukul 11.20 pagi tadi, aku memerhatikan keadaan sekeliling, cukup sunyi ; cuma kelihatan 7 orang penonton sahaja termasuk 2 kanak-kanak kecil yang datang bersama keluarga masing-masing. Inilah filem terburuk dari sejarah filem tempatan di mana penerimaan penonton tempatan agak kurang. Apakah mereka takut dan seram untuk menonton 'Toyol Nakal' di pawagam?. Mungkinkah mereka menantikan DVD filem ini atau menunggu tayangannya di saluran Astro First?. Atau pelakon tercomel bernama 'Azwan Annuar' tidak disunting dalam filem ini, membuatkan rata-rata penonton memboikot hasil karya pengarah tersohor bernama Z. Lokman!.


Cer Cite Best ke Tak?!

Mempunyai 19 karya filem, Z. Lokman kini tampil dengan karya terbaru bertajuk 'Toyol Nakal'. Ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 2 Jun 2011, Toyol Nakal antara filem yang kurang menjadi di dalam sinema tempatan. Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Nizam, anak Tuan Hj. Ali yang agak nakal sifatnya. Nizam berkawan baik dengan Aliff seorang lelaki yang teguh pendiriannya, tetapi meminati gadis buta, Haliza lakonan Julia Ziegler. Kehidupan Nizam agak kalut di mana beliau seringkali menimbulkan masalah pada keluarganya sehingga di gelar Toyol Nakal.

Plot dan subjek dalam Toyol Nakal agak berserabut sifatnya ; di mana ia bukan berkisar tentang toyol yang selalunya menjadi subjek kepada mana-mana filem seram sekalipun, tetapi kesudahannya bercelaru seperti anda menonton sebuah telemovie komedi di kaca tv. Jujur saya katakan bahawa 'Toyol Nakal' bukan sebuah filem yang layak ditayangkan di pawagam, tetapi ia amat sesuai bagi menghiasi slot komedi khususnya buat saluran Astro Warna.

Menonton 'Toyol Nakal' seolah-olah memaksa saya untuk menerokai dengan lebih terperinci apakah kaitan Toyol dengan Nizam yang menganggu pasangan suami isteri?. Adakah Nizam dan Toyol itu adalah orang yang sama atau jelmaan syaitan?. Semuanya tidak dikupas tetapi perjalanan naskhah filem ini agak bersahaja, santai dan membosankan. Penampilan Julia Ziegler dalam filem ini sekadar penambah perisa kepada perjalanan naskhah Toyol Nakal yang sudah hanyut ke laut.

Tambah memalukan apabila filem ini tidak dibikin dengan teliti dari sudut penataan bunyi ; di mana setiap dialog yang dituturkan para pelakon dalam filem ini tidak diseragamkan dengan baik ( lipsing) - berterabur. Hello!! ini bukan zaman dahulu kala..lah.. Siapa yang buat Sound ni?. Apalah punya cite nie.. jangan salahkan pengarahnya.. salahkan jugak penulis skripnya!. Siapa penulis skripnya.. - pi la tanya sendiri atau google ye. hehhe tapi yang penting.. Bukan Hassan Muthalib tau!. ops$%#

Jika orang kata filem '2 Alam' lagi teruk.. saya menggeleng-gelengkan kepala kerana saya tak percaya sebab ada lagi yang paling teruk adalah 'Toyol Nakal'.. Jika anda mahu mengetahui apakah kehebatan dan kekurangan Toyol Nakal, segeralah ke pawagam berhampiran.. sudah tentu anda akan tersenyum dan mula berfikir.. 'adakah ini sebuah filem atau telemovie komedi?'. Tepuk dada tanya selera..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2011 06:51 PM | Show all posts
tak paham betul. Org filem tak tahu ke filem macam mana ada potensi hit..? Toyol? Nakal?
Berani habis duit buat filem macam ni? Rugilah... ada je belambak tema kat Malaysia tak explore lagi...
ULASAN ADA DI POST NO 37...TULISAN SEORANG PENULIS BLOG
Jason_DeRulo Post at 2-6-2011 14:50

tapi post baru sampai #11 je takat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:54 AM | Show all posts
Z. lokman setaraf dengan pengarah Prof Razak mohideen.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 10:59 AM | Show all posts
adoi tgk trailer kat tv x semenggah....x de mood lgsg nak gi tgk....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 01:09 PM | Show all posts
kessiaannnn larrr citerr nihhh.... buat rugi jerrr....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2011 03:04 PM | Show all posts
msti xde sambutan...mesti xde org dlm pnggung wayang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2011 10:39 PM | Show all posts
Reply 3# choolakaw


   
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2011 09:13 PM | Show all posts
2 Alam dan Toyol Nakal...dua2 dari pengarah yg sama...Ed Zarith..anak Z Lokman.....so boleh pikir sndiri le...aku tgk poster pun mcm nak muntah da....ada lg org wat filem macam ni,,,
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 03:28 AM | Show all posts
Kesian... Hangus duit org mcm tu je, sapa la yg kuar modal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2011 02:22 PM | Show all posts
Kutipan terkini

Toyol Nakal
KOMEDI        1.21 juta        02.06.2011        0.10 juta *        35

*Kutipan terkini sehingga 10 Jun 2011


seminggu dah 10 juta
Sapa la dok bok keluaq modal terbit movie ni.
Habis toyol tu pi kebas duit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.150978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list