CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 0

Feri bawa 65 kru dan penumpang karam di Bali, empat dilaporkan maut

[Copy link]
Post time 4-7-2025 09:43 AM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat Rabu malam ketika dalam pelayaran dari Jawa Timur ke Bali, menurut pihak berkuasa Indonesia pada Khamis.

Feri KMP Tunu yang berlepas dari Pelabuhan Ketapang di Banyuwangi menuju ke Pelabuhan Gilimanuk di Bali itu mengeluarkan isyarat kecemasan pada 11.20 malam waktu tempatan sebelum karam pada 11.35 malam, menurut Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Banyuwangi.

“Isyarat kecemasan diterima dan feri dilihat karam oleh pegawai pemantau pelabuhan,” kata penyelaras SAR Wahyu Setiabudi pada Khamis, seperti dipetik portal berita Kompas.

Pasukan penyelamat bersama digerakkan pada 12.18 tengah malam, namun usaha pemindahan penumpang terjejas akibat keadaan laut bergelora di lokasi terakhir feri berkenaan dikesan.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya empat penumpang disahkan maut manakala 14 yang lain berjaya diselamatkan setakat pagi ini.
“Ombak di lokasi kejadian mencecah sehingga 2.5 meter,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.355556 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list