CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

Eksport kopi Vietnam catat rekod tertinggi pada separuh pertama 2025

[Copy link]
Post time 3-7-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode


EKSPORT kopi Vietnam mencatat rekod tertinggi sebanyak AS$5.5 bilion.

HANOI: Eksport kopi Vietnam mencatat rekod tertinggi sebanyak AS$5.5 bilion pada separuh pertama 2025, melepasi sasaran tahunan sebanyak AS$5.4 bilion, menurut Kementerian Pertanian dan Alam Sekitar pada Rabu, lapor Xinhua.

Lonjakan mendadak dalam nilai eksport itu didorong oleh permintaan kukuh daripada pasaran utama, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan dan China.

Kementerian itu menyifatkan pencapaian rekod itu disumbang oleh peralihan ke arah produk kopi bernilai tinggi seperti kopi yang diproses secara mendalam, kopi istimewa dan kopi segera.

Hasil eksport kopi Vietnam diunjur mencecah AS$7.5 bilion menjelang akhir tahun ini, meningkat sekitar 37 peratus berbanding 2024, sekali gus menjadi pertumbuhan tahunan tertinggi pernah dicatatkan bagi industri kopi negara itu, menurut kementerian berkenaan. – Bernama


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.634384 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list