CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8093|Reply: 3

Pelantikan Mohd Shuhaily terajui AKPS satu penghormatan kepada PDRM

[Copy link]
Post time 30-6-2025 01:50 PM | Show all posts |Read mode
Pelantikan Mohd Shuhaily terajui AKPS satu penghormatan kepada PDRM

Raja Noraina Raja Rahim[email protected]






KHALID Ismail (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen dan tongkat kuasa jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) antara Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain (kiri) kepada Datuk Fadil Marsus. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali




Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia memberikan sokongan serta bantuan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bagi memastikan pelaksanaan tugas menjaga pintu masuk negara lebih berkesan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pelantikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah AKPS adalah satu penghormatan kepada PDRM.

"PDRM diberi kepercayaan untuk mengetuai satu lagi agensi penting bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terkawal.

"Ini bukan perkara kecil dan saya percaya ia amanah berat yang perlu dilaksanakan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Bukit Aman di sini, hari ini.







Majlis menyaksikan Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dilantik memangku jawatan Pengarah JSJ Bukit Aman.

Beliau menggantikan Mohd Shuhaily yang ditukarkan ke AKPS berkuat kuasa esok.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, serah terima tugas perlu diteruskan selepas ini kerana ia dapat meningkatkan moral kepada pasukan sekali gus menunjukkan solidariti pasukan kepada PDRM.

Dalam ucapannya, beliau berkata, pertukaran tampuk kepimpinan bukanlah sekadar satu urusan pentadbiran, tetapi ia juga adalah satu langkah strategik menyebar luas ciri kepimpinan, budaya kerja dan 'trade craft' PDRM di pelbagai agensi penguat kuasa.

Katanya, ia juga mewujudkan keseragaman yang diyakini berupaya memperkukuh keutuhan organisasi serta meningkatkan keberhasilan negara.

"Barisan kepimpinan tertinggi dan seluruh warga pasukan turut berasa bangga atas kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan menerusi pelantikan Mohd Shuhaily sebagai pucuk pimpinan baharu yang akan menerajui AKPS.

"Bersandarkan kredibiliti yang cemerlang, saya pasti Mohd Shuhaily dapat menggalas amanah ini dengan sebaiknya dengan memastikan langkah strategik yang dirangka bersama mandat kepercayaan bagi memperkasakan lagi kawalan keselamatan negara dapat dicapai," katanya.



Disiarkan pada: Jun 30, 2025 @ 1:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235539/pelantikan-mohd-shuhaily-terajui-akps-satu-penghormatan-kepada-pdrm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2025 12:41 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Satu penghormatang...? Hah! Hah! Hah!


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2025 01:20 PM | Show all posts
AceHand replied at 1-7-2025 12:41 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Satu penghormatang...? Hah! Hah! Hah!

itu la...ytjt..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2025 11:43 AM | Show all posts

[AceHand SPECTaceLAR]

Kan... Lawak betol bila kata penghormatang tu...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 12:22 AM GMT+8 , Processed in 2.447973 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list