Pemandu bot terbalik di Pulau Perhentian ditahan polis
Baharom Bakar[email protected]
Kuala Terengganu: Pemandu bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut, malam tadi, ditahan polis selepas didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, dilaporkan berkata, pemandu bot berusia 20-an yang juga penduduk tempatan ditahan reman untuk membantu siasatan.
"Siasatan awal dilakukan mendapati pemandu bot positif dadah dan mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dadah," katanya.

AHLI keluarga mangsa lemas menunggu proses pengecaman di HSNZ. FOTO Baharom Bakar
Terdahulu, tiga mayat mangsa, termasuk dua kanak-kanak tragedi itu tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk proses bedah siasat, kira-kira 10.30 pagi tadi.
Tinjauan mendapati ahli keluarga mangsa termasuk dua kanak-kanak yang lemas sudah dipanggil ke bilik mayat untuk proses pengecaman.
Mangsa dikenal pasti sebagai S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka,3, dan saudara mereka V Vennpani, 10.
Kejadian bot terbalik berlaku ketika ribut, hujan lebat dan laut bergelora menyebabkan bot yang membawa 15 penumpang berusia tiga hingga 40 tahun.
Disiarkan pada: Jun 29, 2025 @ 1:52pm
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235183/pemandu-bot-terbalik-di-pulau-perhentian-ditahan-polis

MAYAT mangsa lemas dalam kejadian di Pulau Perhentian tiba di jeti Kuala Besut sebelum dibawa ke Unit Forensik HSNZ Kuala Terengganu. FOTO Bernama
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ntian-ditahan-polis
|