CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Terengganu] Jenazah tragedi bot terbalik disemadi di Butterworth, Sungai Petani

[Copy link]
Post time 29-6-2025 06:25 PM | Show all posts |Read mode
Jenazah tragedi bot terbalik disemadi di Butterworth, Sungai Petani

BERNAMA





Waris dan kenalan mangsa berkumpul di pekarangan unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) hari ini ekoran kejadian bot terbalik di Pulau Perhentian, di sini malam tadi. FOTO BERNAMA



Kuala Terengganu: Mayat tiga mangsa yang lemas dalam tragedi bot terbalik di perairan Pulau Perhentian, Besut malam tadi akan dibawa pulang ke Butterworth dan Sungai Petani untuk disemadikan.

Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) kepada Menteri Besar Terengganu Dr K.Balachandran berkata proses bedah siasat dan pengurusan mayat S.Arumugam, 40, dan anaknya A.Sarrvihka, 3, serta seorang lagi saudara perempuan, V.Vennpani, 10, selesai kira-kira 4.30 petang tadi.

Beliau berkata menurut maklumat, kesemua 15 penumpang dalam bot berkenaan mempunyai pertalian keluarga dan sering bercuti ke pulau di Terengganu.

"Mayat dua beranak akan dibawa pulang ke Butterworth manakala seorang lagi ke Sungai Petani. Menurut salah seorang ahli keluarga, 15 mangsa yang terdiri daripada empat keluarga datang bercuti Jumaat lalu dan sepatutnya pulang ke Sungai Petani dan Butterworth hari ini (Ahad).


"Saya difahamkan pada malam kejadian, mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar selepas selesai makan malam. Namun ombak besar tiba-tiba datang menyebabkan bot terbalik dan tiga terkorban," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini hari ini.




Balakrishnan berkata mangsa yang terselamat dan waris keluarga mangsa yang terkorban masih dalam keadaan trauma dan sedih.

"Mereka masih terkejut dengan kejadian semalam dan belum bersedia untuk bercakap dengan mana-mana pihak termasuk media. Pihak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memudahkan urusan semua mangsa," katanya.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun karam selepas dipukul ombak besar dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar di Besut.

Dalam kejadian itu tiga mangsa maut manakala seorang dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU HSNZ.



Disiarkan pada: Jun 29, 2025 @ 5:06pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/06/1235296/jenazah-tragedi-bot-terbalik-disemadi-di-butterworth-sungai-petani




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 06:43 AM GMT+8 , Processed in 2.686262 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list