CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1277|Reply: 7

Seminggu petik cili ‘free’ di laman jiran, tiba-tiba pasu dialih ke ruang lebih strategik... Lagi mudah nak ambil

[Copy link]
Post time 18-6-2025 02:35 PM | Show all posts |Read mode


DALAM kehidupan bermasyarakat, salah satu nikmat yang sering kali tidak disedari adalah memiliki jiran yang baik.


Jiran merupakan orang yang paling hampir dengan kita selepas ahli keluarga, malah dalam sesetengah keadaan, jiranlah yang paling cepat datang membantu ketika diperlukan.


Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi mengenai jirannya yang bermurah hati berkongsi hasil tanaman dari kebun kecil di belakang rumahnya.


"Jiran belakang rumah aku ni sejenis yang suka berkebun juga. Tanaman dia sangat banyak berbanding kitaorang. Ada limau nipis, cili kampung.


"Dia selalu pesan, dia ada ke tak ada ke, masuk je ambil apa-apa. Rumah kitaorang ni ada pagar kecil kalau nak masuk ke rumah dia.


"Satu minggu tu kerap juga kitaorang ambil cili kampung dia, dia tanam dalam pasu je cili tu. Lepas tu satu hari tu, suami aku nak ambil cili, terkejut dia jiran aku tu dah alih pasu cili," tulisnya.


Apa yang membuatkan dia terharu, lokasi pasu tersebut dialihkan berhampiran pagar kecil yang menghubungkan halaman belakang rumah mereka.


"Maksudnya suami aku dah tak payah nak masuk (pagar), hanya sua tangan dan petik je. Walaupun macam kecil, tapi act of service yang best," ujarnya lagi.


Sebagai membalas kembali kebaikan tersebut, wanita itu berkata, suaminya tidak pernah lupa menyiram serta menabur baja pada tanaman jiran mereka.


"Jiran belakang aku ni bukanlah orang senang sangat. Anak ramai, tapi kau bagilah apa pun, laju je dia akan balas dengan hasil-hasil kebun dia.


"Aku dapat asam jawa homemade, air tebu dia tanam, mangga muda… kitaorang memang suka sangat-sangat. Kitaorang jadikan dia role model untuk jadi pemurah macam dia juga," tulisnya lagi.


Di ruangan komen, warga maya menyifatkan wanita berkenaan sememangnya bertuah kerana dikurniakan jiran baik, malah mereka turut memuji sikap jiran tersebut kerana masih wujud insan yang sanggup berkongsi rezeki tanpa mengharapkan sebarang balasan.







"Orang berbudi, kita berbahasa. Jaga baik-baik, sekarang bukan senang dapat jiran yang berhati baik.


"Jiran dari syurga ni sis! Alhamdulillah.


"Jiran muafakat membawa berkat," komen netizen.








Sumber : mStar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2025 04:05 PM | Show all posts
haha, pernah gak tanam serai banyak2 dulu. kat kampung rumah mak ayah

satu lane dalam 8 pokok kut. ada la 3 lane camtu. bukan susah. cucuk, siram air je

jiran2 amik sampai togel, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat jiran cina ni tanam pokok daun kari. Tapi ada tembok batu la xleh amek. Jiran india ni mmg sgup ya panjat tembok patu xde mintak2. Hahaa kelakar tgok aci beriya nak memanjat.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2025 12:37 PM | Show all posts
aiols tanam pandan, kari, limau purut semua sng jiran nk access. jiran pun sama.. cumanya bab cili tu semedang tak menjadi...ada je penyakit cili
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2025 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh eh eh
Tak beragak awaknye pun
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2025 10:10 AM | Show all posts
abah tanam limau kerisik, buah lebat penuh pokok, mmg makan sendiri tak habis,  datang pak sedara tegur.  abah cakap amik la kalau nak makan.  esok dia datang kutip semua sampai licin tak tinggal sebiji pun.  bila dah penuh plastik dia dtg kat pintu dapur cakap terima kasih,  siap bagitau nak bawak gi pasar nak jual kat org yg jual sayur kalau2 dia nak.    haram jadah punya org.   lepas tu abah sedih terus dia buang pokok limau tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2025 03:56 PM | Show all posts
i baru nak masuk rumah, jiran sebelah (chinese) ada tanam sayur sayur depan rumah dia. kelmarin dia sembang dengan husband iolls, siap pesan - kalau nak sayur sayur, petik je, sukanya sayaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2025 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Blkg rumah ada pokok pandan, daun kari, bunga telang, pokok kunyit, pokok limau purut, daun kucai, daun kesum.. kalau jiran2 nak, amik je. Takyah minta2 izin..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 05:57 AM GMT+8 , Processed in 1.647243 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list