|
View: 1052|Reply: 8
|
Anak dapat tawaran masuk UM tapi lebih minat ACCA... Ibu sukar nak 'lepas' IPTA, bimbang silap buat keputusan
[Copy link]
|
|
|
KEPUTUSAN permohonan UPU (Unit Pusat Universiti) telah diumumkan dan ramai yang teruja apabila ditawarkan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian awam (IPTA).
Namun, seorang ibu berada dalam dilema selepas anaknya menolak tawaran program Asasi Sains Sosial di Universiti Malaya (UM) demi mengejar impian menjadi akauntan bertauliah.
Menurut wanita tersebut, anaknya lebih berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perakaunan profesional di TYMBA Education Group, sebuah pusat latihan perakaunan yang sijilnya diperakui Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).
"Sebagai ibu, rasa sayang sangat-sangat bila anak nak lepaskan kemasukan ke UM. Bukan senang nak dapat tawaran ke sana.
"Saya nak anak saya buat keputusan terbaik. Tolong bagi cadangan sebab saya tak nak dia silap buat keputusan," luahnya.
Dalam hantaran tersebut, dia yang buntu memikirkan perkara ini amat memerlukan pandangan warganet.
Berdasarkan apa yang diceritakan, ada yang bersetuju dengan keputusan anaknya, kerana menganggap dia sudah jelas dengan hala tuju yang ingin dicapai serta masa depan diri sendiri.
"Anak puan yang nak belajar, bukan kita. Jangan nanti dia salahkan puan sebab paksa masuk UM. ACCA tu bagus dan memang profesional untuk anak puan.
"UM memang universiti bagus. Tapi jangan pandang gah nama universiti tanpa tengok kursus dipilih. Anak dah nampak hala tuju dia.
" ada akhirnya, dia yang nak menghadap semuanya. Sebagai ibu bapa, kita kena sokong cita-cita mereka. Harap ini membantu," ujar beberapa netizen.
Seorang individu pula tampil berkongsi pengalaman sama seperti wanita ini, melibatkan anak lelakinya yang pada mulanya turut keliru membuat keputusan.
"Salah satu alasan yang kami bagi kepada anak lelaki adalah, kalau dia teruskan dengan degree dulu, lepas tu dia masih boleh sambung dengan ACCA (at least dah ada degree).
"Kalau terus dengan ACCA, kalau 'sangkut' nanti dia kena bermula dengan 'zero'.
"Anak dengar nasihat kami sambung buat Asasi Sains Sosial UM dan Alhamdulillah dapat scholarship TNB," katanya.
Namun ada yang berkongsi pengalaman serta risiko yang perlu diambil kira sebelum memilih ACCA.
Dalam masa sama, tidak kurang juga yang menggambarkan realiti di sebalik program ini.
"Alamak saya ingat Asasi Perakaunan tapi Asasi Sosial. Jadi saya 'bias' pada ACCA lagi. Tapi keburukannya ramai tak beritahu ACCA ramai 'sangkut' tak lepas," kata seorang netizen.
Seorang lagi individu memberi pandangan sebagai bekas penuntut TYMBA.
"Kenapa pilih TYMBA untuk ACCA? Lebih baik masuk UiTM sebab TYMBA adalah sebuah pusat pengajian kecil.
"Saya tahu sebab pernah je ambil part time ACCA dengan TYMBA. TYMBA fokus untuk budak-budak part time sebenarnya, kalau nak study full time saya cadangkan UiTM lebih murah," katanya.
Sumber : mStar |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
asasi sains sosial.. social science, sociology kat Malaysia ni, apa pilihan pekerjaan dia lepas grad? selain mainstream choice, JKM? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorg rentua ckp kat kite cenggini dolu2...
" for me, kalau awak ada peluang sambung belajar tak kisah le degree ke higher ke berbanding ACCA, better u choose further ur study 1st becoz u can gain more information n it will become handy when making decision afterwards. U boleh je buat degree + ACCA or degree dulu baru ACCA...kalau tak, awak hanya tahu buat penyata saja...budak spm pon bleh buat..."
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tymba apo?? mcm cap ayam jah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah ACCA ni kalau ko fail, dah takde backup plan
unless memang boleh perform sekali harung should be no problem |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 18-6-2025 04:08 PM
asasi sains sosial.. social science, sociology kat Malaysia ni, apa pilihan pekerjaan dia lepas grad ...
Rasanya kalau asasi tu mcm matrik la. Asasi setahun dulu lepas tu baru masuk degree ikut result asasi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah mmg nak buat account amik je acca…cuma jgn give up je. Fmily kwn sis mak kakak adik smua acca. Cuma pilihla centre yg okay |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 18-6-2025 04:08 PM
asasi sains sosial.. social science, sociology kat Malaysia ni, apa pilihan pekerjaan dia lepas grad ...
Social sc byk cabang, bukan sociology je
Lps degree ambik PTD, by the time umur 40-45 most of them dh pengarah di kementerian kerajaan, DO, dato, attachee di overseas. Yg jadi duta pun ramai.
Ada yg dulu ambk sociology now dh jadi regional HR vp pun ada.
Yg berminat jd lecturer by that age dah prof dah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
I see, terima kasih untuk pencerahan tu chuols, nah cikedis
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|