CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1045|Reply: 4

Pak Imam mahu lamar Leona, Azhar Sulaiman tidak kisah sekalipun suami orang

[Copy link]
Post time 14-6-2025 10:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 15-6-2025 02:08 AM

PETALING JAYA: Pelakon Azhar Sulaiman, 54, tidak menetapkan syarat tertentu dalam soal jodoh Kasih Iris Leona, 23, sebaliknya, terbuka dengan pilihan dibuat anak gadisnya itu.

Azhar berkata, Leona berhak memilih sesiapa sahaja yang dirasakan mampu membawa kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga pada masa akan datang.

"Kalau ditakdirkan jadi isteri kedua orang pun, itu adalah takdir. Ajal, rezeki dan jodoh ini semua di tangan Tuhan.

"Jika kebahagiaannya sebagai madu, tidak mengapalah. Jadi, saya terbuka kepada apa sahaja. Hal perkahwinan ini saya fikir biarlah dia sendiri yang buat keputusan.

Jelas pelakon filem Sayang Salman itu, dia tidak keberatan dengan sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Leona, namun, perlulah sesuai dengan keluarga.

"Ramai juga yang datang jumpa saya untuk menjadi suami Leona terutamanya beberapa orang imam di masjid seperti imam muda.

"Ramai jugalah yang bertanya bagi pihak anak-anak atau kawan-kawan. Jadi, saya kalau boleh, biarlah anak-anak berkahwin dengan orang yang tinggal berdekatan di Kuala Lumpur.

Azhar mengulas pengakuan dibuat Leona sebelum ini mengenai urusan jodoh apabila personaliti media sosial itu mendedahkan tidak tertarik dengan lelaki muda.

Leona dilapor berkata, dia lebih tertarik dengan lelaki berusia dan berimej botak untuk menjadi pasangan.

Dalam perkembangan lain, Azhar membintangi drama Hilang Kasyorga arahan Feroz Kader yang bakal ditayangkan menerusi saluran DEGUP, Unifi TV pada 23 Jun ini.

Drama genre kekeluargaan dan 'thriller' itu menampilkan pelakon lama dan baharu, iaitu antaranya, Kamal Adli, Nabila Huda, Ellie uriaty, Kod Rashid, Adra Mikayla, Luqman Hafiz, Arfie Shah dan Hariz Hamdan.

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2025 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawen je la dgn lelaki sebaya
Anak ko tu adventurous n outdoor person
Dibuatnya kawen jantan tua, larat ke ko nak layan xtvt outdoor bini ko tu.....kawen je dgn org sebaya..create memories sama2
Drpd ko kawen jantan tua, lgsg tak bleh nak create memories, esok dh tua baru menyesal bila tgk kwn2 sebaya lain dpt partner umur sebaya, bleh layan n borak bende yg sama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak imam tu sebenarnya melelehhhh air lior tgk kekayaan family ko....pak imam lobai2 ni kan majority biawak hidup
So senang la kalo kawen cucu billionaire kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2025 11:20 AM | Show all posts
walaupun betul2 kaya dan educated tapi tetap sakai anak beranak. pojaan acik porom sebab leluhur kayo tujuh ketoronan tak habis.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2025 04:03 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 15-6-2025 10:22 AM
Pak imam tu sebenarnya melelehhhh air lior tgk kekayaan family ko....pak imam lobai2 ni kan majority ...

yeszaaaa nak menumpang kekayaan sajork
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 10:18 PM GMT+8 , Processed in 1.502340 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list