|
|
Saya sudah berkahwin selama dua tahun, dan semakin lama saya merasa keliru dengan beberapa aspek dalam perhubungan kami. Walaupun saya mencintai isteri dan berusaha menjadi suami yang baik, saya rasa seperti terperangkap dalam dilema yang sukar untuk saya selesaikan.
Saya bekerja di Perak sementara keluarga saya berada di Ampang, Selangor. Oleh kerana jarak yang jauh, saya hanya dapat balik sekali sebulan untuk menjenguk keluarga saya. Namun, saya perasan setiap kali saya merancang untuk balik lebih dari sekali sebulan, isteri saya memberi reaksi yang kurang menyenangkan. Dia pernah beritahu saya, jika ada duit, saya perlu utamakan dia. Masalahnya, bila saya beri duit pada isteri, saya merasa tidak ada ruang untuk menumpukan pada diri sendiri atau balik ke kampung.
Satu lagi cabaran ialah rumah keluarga saya di Ampang memang ada beberapa ekor kucing peliharaan. Isteri saya ada fobia terhadap kucing — bukan sekadar tak suka, tapi betul-betul takut. Jadi setiap kali balik ke Ampang, saya terpaksa sewa hotel kerana dia tak mampu tinggal di rumah keluarga saya. Ini pun jadi isu sebab kos tambahan makin bertambah, sedangkan saya bukan orang yang berduit sangat. Bila saya pilih untuk balik sendiri tanpa bawa dia, saya pula rasa bersalah. Bila ajak dia sekali, saya pula terbeban dari segi kewangan.
Untuk tambahan, keluarga isteri saya juga tinggal di Perak, tak jauh dari tempat kami menetap sekarang. Jadi, bila saya perlu ke luar daerah atas urusan kerja atau nak balik kampung sendiri, saya ada juga minta dia tinggal dulu dengan keluarganya sementara saya pergi. Tapi biasanya dia tetap nak ikut saya juga, mungkin sebab nak temankan atau rasa tak selesa tinggal di rumah keluarganya sendiri. Saya faham niat dia, tapi dalam masa yang sama saya jadi makin buntu sebab semua keputusan yang saya buat terasa macam tak pernah cukup untuk menyenangkan semua pihak.
Perasaan saya semakin keliru kerana saya terasa seolah-olah saya perlu memilih antara memberi sepenuh perhatian pada isteri atau pada keluarga saya. Bila saya pulang ke kampung, saya rasa serba salah kerana isteri membuat saya merasa seperti saya sedang mengecewakan dia. Pada masa yang sama, apabila saya memberi lebih kepada isteri, saya rasa seperti saya kehilangan peluang untuk menyeimbangkan kehidupan saya sendiri.
Saya rasa tersepit dan tak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan ini tanpa menimbulkan konflik yang lebih besar. Saya nak jaga perasaan isteri, tapi saya juga tak mahu mengabaikan keluarga saya. Adakah ini sesuatu yang biasa dalam perkahwinan, atau saya yang terlalu merumitkan keadaan? Apa pandangan dan pengalaman orang lain dalam situasi seperti ini? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
okay,
baru jugak usia perkahwinan so masih dalam proses kenal , memahami dan how nak tolerate.
I think u jenis husband yg mmg utamakan isteri dan sayangkan beliau. So on this i would say she is lucky
Have you talk to her? dah bincang tak dgn wife tentang isu ni?isu ni sebenarnya boleh settle jika ada toleransi antara both side
Option1
U kena firm, hantar wife kerumah keluarga jika u perlu ke ampang, and u dont need to ask her, instead buat dia faham u dah decide apa yg terbaik.
isteri kenalah independant and also kenalah bagi suami jumpa keluarga...and jgnla nak berkepit je...suh la dia buat aktiviti dia jugak
option 2
bab kucing, u boleh jugak pesan kat family u diampang jika u nak balik simpanla kucing tu ke...atau slowly suhla wife get used dgn kucing atau dia xpayah ikut jika banyak sgt songel
so, above all, jgnlah biar benda yang boleh selesai dgn timbang rasa dan cuba memahami situasi masing2..rugilah jika pasangan suami isteri tapi rasa terbeban, so amalkan hubungan yang sentiasa bersikap terbuka.
Tapi suami kenalah jugak faham dan jaga hati isteri dan sama jugak isteri kena mudahkan suami, but suami jgn pulak take advantage.
I think masalah ni boleh selesai jika you firm, tapi dalam masa sama pandai memujuk. u xleh emosi tapi u kena bagi solusi dan u go ahead dgn apa yg u decide, pokok pangkal u tau u syg wife and u treat her well..at the same time jgn losing yourself as u.
Good luck
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|