CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 22597|Reply: 63

Bahasa Melayu kurang dimartabatkan pada masa kini

[Copy link]
Post time 24-5-2011 03:07 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by midory at 24-5-2011 03:08

Bahasa Melayu pada masa kini kurang dimartabatkan oleh kita semua dan yang lebih ketara adalah pelajar sekolah. mereka sering menggunakan bahasa rojak, short form, dan entah apa lagi sehingga sebati dengan diri mereka dan terbawa-bawa semasa peperiksaan.
cuba anda baca ayat ini : "gejala sosial perlu memberikan perhatian oleh kita semua..."


sekali pandang pun kita boleh kesan kesalahan ayat di atas. saya peroleh ayat di atas daripada seorang guru dan dibuat oleh pelajar semasa peperiksaan.


ada banyak lagi kesalahan yang dibuat menunjukkan kurang penguasaan dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu.




~kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah memartabatkan bahasa kebangsaan kita~ pesanan penaja...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2011 11:53 AM | Show all posts
bagaimana caranya mahu memartabatkan bahasa melayu? cadangan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 12:16 PM | Show all posts
pada aku, kalau nak memartabatkan bahasa melayu tu tak susah. mudah aje. pertama sekali, sumber ilmu pengetahuan dalam negara mestilah dalam bahasa melayu. kedua, mewajibkan penggunaan bahasa melayu sebagai linggua franca dalam kehidupan seharian tak kira apa bangsa. ini susah sikit nak jalan kerana bangsa lain boleh berbicara sesuka hati di public dalam pelbagai bahasa. bilaman aku kata mewajibkan tu, maka buat satu undang undang. saman ke apa ke. haaa tu baru memartabatkan bahasa melayu. tapi nanti dikata racist la pulak.

in the end.... bahasa melayu hanya pada nama negara sahaja. Malay-sia. hohohoho.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2011 04:04 PM | Show all posts
pada aku, kalau nak memartabatkan bahasa melayu tu tak susah. mudah aje. pertama sekali, sumber ilmu ...
winamp05 Post at 24-5-2011 12:16



oleh itu, kite sendiri mesti mempertahankan bahasa ibunda kita.. mesti ade kesedaran dalam diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2011 06:48 PM | Show all posts
google translate pon pakai bahasa indon ,bukan bahasa malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2011 01:30 PM | Show all posts
tu la,sedar atau tidak,  bahasa kebangsaan kita sbnrnya sgt terancam skrg nih...fenomena bahasa sms, bahasa rojak dan sebagainya menjd virus kpd bahasa melayu..bdk2 skrg nk buat ayat lengkap pun x reti.penggunaan imbuhan pun salah. tu belum lg pasal peribahasa, simpulan bahasa, perumpamaan.....yg paling kronik, mengeja pun salah...adeh la.. sian la bdk2 skrg.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2011 11:37 AM | Show all posts
agensi kerajaan jugak memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu. Contohnya kerajaan mesti mewajibkan mana-mana buku yang melalui proses terjemahan untuk pergi terlebih dahulu ke Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM). Kadang2 buku yang ada di pasaran pun bukannya semua betul terjemahannya. Tunggang-langgang jer bahasanya, tapi tak der sebarang kekangan dari mana-mana pihak. Dibiarkan aje di pasaran.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2011 05:47 PM | Show all posts
gejala pencemaran dan penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan tanda dan paparan iklan premis perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak secara keterlaluan di televisyen dan radio. Itu belum mengambil kira kegagalan banyak pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengutamakan bahasa kebangsaan dalam urusan mereka di dalam negara.

Hari ini, jika ada bahasa lain lebih besar saiz paparannya daripada bahasa Melayu, ia tidak lagi dipersoalkan. Malah semakin banyak info produk barangan pengguna biarpun yang dikeluarkan di dalam negara, tidak lagi menggunakan bahasa kebangsaan.

1. Untuk memartabatkan Bahasa Melayu, Bahasa Melayu bukan sahaja diisytiharkan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam majlis dan ‘ritual’ kerajaan tertentu, ianya juga perlu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa perwakilan kepada keharmonian kaum di Malaysia.

2. Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahawa perwakilan kaum tidak wajar dinilai sebagai usaha menghegemonikan bahasa ini kepada kaum lain, tetapi telah menjadi lumrah bahasa majoriti dan terkenal serta berakar umbi dijadikan pengantar di mana-mana negara besar sekalipun

3. bahasa ini perlu dijadikan sebagai lingua franca. Maksud lingua franca tidak sama dengan bahasa rasmi atau kebangsaan. Lingua franca akan membwa bahasa ini sebagai agen penghubung kaum, industri dan meliputi keseluruhan massa dan sektor. Inilah hakikat yang telah tercabut daripada bahasa bertuah ini.

Kata pendeta Za’ba,

“ Dalam Malaya yang merdeka sekarang tentulah bahasa Melayu pun sepatutnya merdeka juga, yakni tidak semestinya dihadkan gunanya pada hal rendah-rendah dan soal bercakap akan perkara-perkara yang orang Melayu biasa sahaja seperti yang sudah-sudah. Sebaliknya setelah Malaya merdeka, sepatutnya bahasa Melayu dilayakkan selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula, seperti jadi alat mengajarkan pelajar pemerintahan negeri dan juga menjalankan kerja kehakiman”.

Kita melihat sendiri bagaimana bahasa Latin telah pupus akibat ketiadaan transaksi kosa kata dan perbendaharaan kata daripada bahasa lain yang menguasai dunia. Hal ini turut menimpa bahasa Sanskrit yang hanya dijadikan bahasa indah kaum Rahib-rahib India serta mematikan terus keupayaan politik daripada bahasa tersebut. Kini bahasa Sanskrit tidak lagi ditutur luas apatah lagi untuk difahami.

Kemandirian bahasa Melayu bermula apabila kehadiran Tamadun India, Buddha dan Ketamadunan eropah seperti Portugis dan Belanda yang telah memperkayakan lagi perbendaharaan kata bahasa tersebut serta menjadikan ianya relevan untuk digunapakai.

kesimpulannya, Bahasa Melayu perlu dimartabatkan supaya tidak mengalami kepupusan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2011 11:56 PM | Show all posts
agensi kerajaan jugak memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan penggunaan bahasa melayu. C ...
cik_lin Post at 31-5-2011 11:37



   setuju..bukan takat buku je, tp segala komik pun kena melalui tapisan ITNM gak...penah jmp komik yg terjemahannya sgt teruk..kite kena la jaga status bahasa kebangsaan kita, x blh biarkan bahasa Melayu terus diperlekehkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 12:02 AM | Show all posts
setuju..bukan takat buku je, tp segala komik pun kena melalui tapisan ITNM gak...penah jmp  ...
kyoko_asouka Post at 31-5-2011 23:56



   
agaknye guna google translate tak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 12:28 AM | Show all posts


[petikan dari berita harian]

ISU BAHASA : BAHASA MELAYU BUKAN PENGHALANG KEMAJUAN

Sesi persekolahan 2011 bagi semua pelajar Tahun Satu menandakan berakhirnya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Mulai tahun ini, yakni setahun lebih awal daripada 2012 yang diumumkan, semua pelajar Tahun Satu akan mempelajari dua mata pelajaran ini dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan. Di sekolah vernakular, Sains dan Matematik akan diajar kepada pelajar Tahun Satu dalam bahasa etnik masing-masing, iaitu bahasa Mandarin atau Tamil.


Golongan ini mahu diberi pilihan untuk anak mereka supaya dapat terus mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Mereka mahu keistimewaan ini diberikan dan membandingkan penggunaan bahasa Inggeris di beberapa sekolah yang akan dipilih khas, dengan sekolah vernakular yang diberi kebenaran untuk mengendalikan dua mata pelajaran itu dalam bahasa etnik masing-masing.

Penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil dalam konteks ini, hendaklah dilihat sebagai bahasa ibunda kepada sektor bukan Melayu dalam kependudukan Malaysia. Sehubungan ini, sesetengah pihak mempercayai penggunaan bahasa ibunda adalah kaedah terbaik untuk tujuan pendidikan, khususnya pada peringkat awal. Ini antaranya kerana pelajar didapati lebih mudah mengikuti pelajaran dalam bahasa yang mereka ketahui, lebih-lebih lagi yang dituturkan sebagai bahasa ibunda, apabila menjejak kaki ke sekolah. Dalil penggunaan bahasa ibunda ini ikut digunakan oleh orang Melayu yang mahu dua mata pelajaran ini diajar semula dalam bahasa Melayu.

Alasan ini ada rasionalnya walaupun tidak selalunya benar. Ini dapat dilihat pada pelajar bukan Melayu yang belajar di sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Sebilangan mereka didapati berjaya mengikuti pelajaran yang disampaikan dalam bahasa Melayu dengan baik sekali. Ramai juga yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, sedangkan bahasa Melayu bukan pun bahasa ibunda mereka. Tambahan pula, sesetengah mereka ini tidak pernah pun didedahkan kepada bahasa Melayu ketika zaman prasekolah.

Begitu juga halnya dengan pelajar Melayu dan pelajar lain di sekolah vernakular Cina. Sesetengah mereka mampu meraihkan kejayaan luar biasa, sehingga berjaya mengatasi prestasi pelajar Cina yang bertutur dalam bahasa Mandarin, sesetengahnya sejak dari kecil lagi sebagai bahasa ibunda. Dalam kes ini, bahasa Mandarin bukan pun bahasa ibunda pelajar bukan Cina ini, dan rata-ratanya tidak pernah mempelajarinya secara formal sebelum memasuki sekolah.  
Sebagai bahasa negara yakni bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, bahasa Melayu adalah bahasa semua rakyat Malaysia. Ia mewakili seluruh negara dan setiap seorang rakyat Malaysia, sama ada yang Melayu mahupun bukan Melayu. Dalam konteks ini, bahasa Melayu adalah simbol negara. Statusnya sebagai bahasa pribumi menambahkan lagi kepentingan peranannya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berasal daripada pelbagai kaum.

Berdasarkan hal ini saja, bahasa Melayu bukan saja bahasa yang sah, tetapi adalah pilihan yang tepat lagi bijak untuk dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu adalah bahasa yang dapat membangkitkan selain memupuk semangat kebangsaan.

Sebagai bahasa yang boleh membawa kejayaan pragmatik kepada rakyat Malaysia, bahasa Melayu mempunyai modal linguistik yang bukan saja mencukupi, malah agam sekali. Ia memiliki korpus yang efisien sekali. Antaranya, sistem ejaan yang kemas, dua sistem tulisan Rumi dan Jawi yang mantap, kosa kata yang senantiasa berkembang, bilangan lebih daripada sejuta istilah ilmiah dan nahu yang dibakukan.

Tetapi malangnya, bahasa Melayu tidak pernah diyakini sepenuhnya oleh rakyatnya sendiri, sejak dinobatkan sebagai bahasa negara pada 1957. Untuk sekian lama, ia dibelenggu pelbagai persoalan kemasyarakatan yang semuanya ditimbulkan rakyat Malaysia sendiri, sering kali pula oleh orang Melayu sebagai penutur natifnya. Pelbagai komen yang memperlihat sikap negatif daripada orang Melayu sendiri terhadap kemampuan bahasa Melayu, bukan saja amat dikesali tetapi yang lebih mudarat lagi adalah ia boleh memberi implikasi tidak baik kepada orang bukan Melayu untuk terus menghormati bahasa Melayu, apatah lagi menyanjunginya!

Sudah tiba masanya dengan pemansuhan PPSMI pada 2011 ini, rakyat Malaysia menganugerahkan penghormatan linguistik tertinggi yang dapat kita semua kurniakan kepada bahasa Melayu, di tanah watannya sendiri. Kita perlu berhenti daripada selalu menyalahkan bahasa keramat ini yang dicipta Tuhan untuk memajukan, selain menyatupadukan kita semua di tanah yang kita cintai ini.

Sesungguhnya bahasa Melayu tidak pernah menjadi penghalang kepada kemajuan rakyat Malaysia. Dalam konteks ini, bahasa Melayu bukan penyebab utama kepada penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan rakyat, faktor penghalang kepada kemajuan rakyat pada era globalisasi ini yang mementingkan bahasa Inggeris, dan faktor penentang kepada hak linguistik rakyat Malaysia untuk mendidik anak bangsa dalam bahasa Inggeris.

Mari kita semua memperlihat keyakinan penuh kepada bahasa Melayu untuk mendidik anak bangsa Malaysia serta generasi mendatang, sama ada untuk memahami asas sains dan juga lunas ilmu lain. Sebenarnya tidak ada sebarang cacat cela pun pada bahasa Melayu yang tidak membolehkannya digunakan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

Ia adalah sistem linguistik yang sempurna, seperti yang ada pada bahasa besar lain di dunia. Dalam konteks ini, bahasa Melayu mampu menyampaikan ilmu pengetahuan moden, dengan berkesan sekali, seperti yang diperlihatkan oleh bahasa Inggeris dan lain-lain.


Oleh : Teo Kok Siong
Timbalan Pengarah,

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
UKM.

BERITA HARIAN
19 JANUARI 2011

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2011 08:42 AM | Show all posts
Jika kita berbicara mengenai bahasa melayu, rasanya tak salah kalau saya katakan tulisan jawi juga sangat berkait rapat dengan bahasa melayu. Kita boleh lihat sekarang berapa kerat sahaja orang malaysia yang masih lagi pandai mengeja dan membaca tulisan jawi ....

Sedihnya bila melihat tulisan jawi yang kian terpinggir dari pandangan masyarakat....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 03:02 PM | Show all posts
Jika kita berbicara mengenai bahasa melayu, rasanya tak salah kalau saya katakan tulisan jawi juga s ...
cik_lin Post at 1-6-2011 08:42



   
betul tuh.. sekarang ni tulisan jawi dah dipinggirkan.. ramai yg tak tahu nak bace tulisan jawi.. nak tulis lg jauh.. tahniah kpd surat khabar utusan yang menerbitkan surat khabar tulisan jawi walaupun sekali seminggu... tu dah mencukupi sebagai langkah mengekalkan tulisan jawi yang kian pupus..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2011 04:09 PM | Show all posts
Post Last Edit by midory at 1-6-2011 16:10

selain dari tulisan jawi, banyak lagi adat2 Melayu dan ciri2 yang menunjukkan sifat orang Melayu semakin lupus ditelan zaman. hanya kerana kemodenan yang melanda, adat dilupakan.

saya pernah jumpa seorang melayu yang sudah lupa asal usul. percakapan sepenuhnya inggeris. bila ditanya kenapa susah sangat nak dengar dia cakap dalam bahasa Melayu, dia kata malu. bak kata pepatah, seperti kacang lupakan kulit. lupa semua asal usul. malu untuk mengaku melayu.

jika kita lihat dari segi pakaian pula, ramai yang bangga mengikut pakaian orang barat. tak ramai yang suka memakai baju kurung pada masa sekarang. tapi bile pakai pakaian ala-ala barat, bangga pula mereka. pengaruh barat sangat mendapat tempat di mata masyarakat dunia pada masa sekarang. penjajahan minda semakin menular dan ramai yang tak perasan mengenai perkara tersebut.

memang tak dinafikan bahawa pada masa kini sifat2 melayu semakin luput ditelan zaman. oleh itu, kite mestilah mempertahankannya supaya tidak terus ditelan masa.

" TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA "

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 14# midory


takkan melayu hilang didunia.... kata kata dari hang tuah.

teringat kisah lawak kumoulan sepah,

"hang tuah pernah berkata. takkan melayu hilang didunia"

"tak hilang apenye, dia pun hilang tak jumpa jumpa sampai hari ni"

keh keh keh     
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2011 03:19 PM | Show all posts
sebagai org Melayu, aku pegang kate2 tu sampai bile2... {:1_134:}
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2011 03:40 PM | Show all posts
Reply  midory


takkan melayu hilang didunia.... kata kata dari hang tuah.

teringat kisah la ...
winamp05 Post at 2-6-2011 15:03



   
Hang Tuah hilang sebab dia tak sanggup nak menyaksikan betapa terhakisnya jati diri org Melayu skrg nih.. Melayu mmg tak hilang di dunia, tp Melayu yg tinggal ni adalah Melayu yang takde kualiti dan hilang jati diri.. tinggal bbrape kerat je yg masih tebal jati diri Melayunya...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 12:28 PM | Show all posts
What! base melayu dijadikan martabak????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2011 12:32 PM | Show all posts
What! base melayu dijadikan martabak????
MrRothschild Post at 4-6-2011 12:28



   ape yg ko maksudkan dgn martabak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2011 01:58 PM | Show all posts
... Bahasa Melayu sudah lama dimartabatkan.  Sejak zaman ia menjadi "lingua franca" lagi.  Perbendaharaan kata juga semakin berkembang dan istilah yang dikutip menunjukkan luasnya penerimaan Bahasa Melayu menyerap istilah sesuai.

Sebagai lingua franca, Bahasa Melayu tidak terkongkong dalam kepompong bangsa.  Oleh itu kita dapat lihat ada orang bukan melayu yang bertutur dalam Bahasa Melayu.  Orang bukan Melayu di Indonesia umpamanya menguasai bahasa ini kadang kala lebih baik dari penutur asli di sini.

Jika kita memaksakan pengunaan Bahasa Melayu ke atas orang lain, bukan kerana semata-mata keperluan perhubungan, maka secara peribadi Zam berpendapat kita bukan memartabatkan bahasa itu malah mungkin dipandang serong sebagai cubaan meminggirkan bahasa2 lain.  Itu bukan budaya kita, agaknya.

Slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" itu juga amat halus ertinya.  Kenapa "jiwa" yang dipilih, bukan nyawa atau jantung, malah jiwa yang lebih hampir maknanya dengan ruh, sesuatu yang halus dan punya unsur kerohanian yang tinggi.  Bagi Zam Bahasa Melayu amat kaya dengan kiasan lambang bangsa yang halus adapnya.  Namun jika dibaca berita semasa, bangsa yang makin hilang sopan, bangsa yang kian lenyap santun.

Peredaran masa dan perubahan zaman tidak mengizinkan kita berkias ibarat.  Namun kita tidak diminta melupakan keindahan Bahasa Melayu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.165629 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list