CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 960|Reply: 2

'Abang Costume Kataks' kipas sate

[Copy link]
Post time 4-6-2025 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Pasir Gudang: Bagi mencipta kelainan, Muhammad Nur Aiman Baharuddin, menjual sate dengan memakai kostum katak.

Muhammad Nur Aiman, 27, dari Taman Scientex di sini, berkata, kostum itu juga dipakai kerana keinginannya untuk menarik pelanggan.

Bapa dua anak itu berkata, dia tidak berseorangan kerana dibantu dua pekerja dan menjual sate ayam, daging dan kambing pada setiap hari kecuali Isnin.

"Dulu saya bekerja sebagai tukang masak di kedai makan, kemudian sebagai operator kilang. Saya pernah buat dua kerja, siang kerja di kilang dan malam menjual sate.

"Tetapi selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya menjual sate sepenuh masa dan kerana perniagaan sudah stabil serta mengikut saranan isteri.


"Disebabkan mahu kelihatan berbeza dan kreatif, saya pakai kostum dan pilih katak serta gunakan nama 'Abang Kataks' di TikTok sebab ia gelaran ketika sekolah," katanya dihubungi Harian Metro.


Menurut Muhammad Nur Aiman, kostum itu bagaimanapun bukan dipakai setiap hari dan sepanjang tempoh berniaga.

Katanya, setakat ini, penerimaan pelanggan baik dan dia juga seronok kerana dapat menghiburkan pelanggan, terutama kanak-kanak.

"Buat masa ini, saya berniaga daripada jam 6.30 petang sehingga jam 10 malam dengan pekerja membantu membakar sate di depan rumah saya.

"Pada masa sama, saya dan seorang lagi pekerja akan keluar menjaja dengan menunggang motosikal dan membakar sate di rumah pelanggan berkenaan," katanya.

Menurut Muhammad Nur Aiman, selagi ada kudrat, dia akan terus menjual sate kerana itu punca pendapatannya setakat ini.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2025 11:27 PM | Show all posts
Idea kreatif seperti ini memang beri impak! Sama seperti slice master, kadang kita perlu tampil berani dan unik untuk menonjol di tengah ramai. Teruskan usaha, Abang Kataks!
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2025 12:07 PM | Show all posts
Banyak idea dengan imej maklumat yang mengagumkan. Teroka dengan pelbagai topik dan bidang. Pengalaman dan kemas kini serta pilih kandungan maklumat baharu. Mulakan perjalanan yang mencabar block blast sepenuhnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.263884 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list