CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 4

Cara buat sendiri ‘mushroom seasoning’... Ingatkan susah, rupanya mudah sangat

[Copy link]
Post time 29-5-2025 10:02 PM | Show all posts |Read mode


DALAM dunia masakan hari ini, ramai yang mencari alternatif semula jadi untuk menggantikan penambah perisa seperti MSG.


Salah satu pilihan yang semakin popular ialah mushroom seasoning atau serbuk perasa cendawan.


Bahan serbaguna ini bukan sahaja sihat, tetapi juga menambahkan rasa lazat dan berlemak dalam masakan.


Selain sesuai untuk masakan sup, tumisan, nasi goreng dan perapan, mushroom seasoning juga popular dalam kalangan mereka yang mengamalkan diet vegetarian atau vegan.


Seorang pengguna media sosial, Nawal Yasmin Mat Noh berkongsi cara mudah untuk menyediakan mushroom seasoning sendiri di rumah, hanya dengan menggunakan tiga bahan.




Bahan-bahan:


1. 100 gram cendawan kering atau cendawan shitake


2. 50 gram garam


3. 50 gram gula


Cara-caranya:


1. Bilas cendawan dan kemudian keringkan.


2.  Dengan menggunakan ketuhar atau air fryer, bakar cendawan selama 20 minit pada suhu 100 darjah Celsius. Kemudian biar sejuk seketika.


3. Masukkan kesemua bahan dalam dalam thermomix, kisar selama satu minit, kelajuan 10. Serbuk perasa cendawan siap!


Bagi yang tidak mempunyai thermomix, anda juga boleh menggunakan pengisar (blender) kering. Pastikan kisar sedikit demi sedikit.


Mudah, jimat dan pantas.


Selamat mencuba! - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2025 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok resepi senang nak buat, tapi sebab malas apa tak jadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2025 07:00 PM | Show all posts
setuju...sebab malas, sanggup lagi pi beli walaupun senang nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2025 04:45 PM | Show all posts
Kalau buat sendiri lagi sedap kot, boleh control rasa masin-manis tu ikut tekak sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2025 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
X ada masa nk buat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044229 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list