|
View: 1088|Reply: 1
|
‘Kisah Amer terlepas penerbangan insafkan kita’
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Seorang lelaki warga Libya atau dikenali sebagai Amer Al-Mahdi Mansour Al-Qadhafi tular selepas terlepas penerbangan ke Tanah Suci bagi melakukan ibadah haji membuatkan ramai kagum dengan kuasa Allah.
Selepas terlepas penerbangan akibat masalah pasportnya, pesawat itu dikatakan berpatah balik sebanyak dua kali kerana isu teknikal yang tidak diketahui
Menerusi hantaran di aplikasi TikTok @Jasminetourstravel menyatakan bahawa Amer menghadapi masalah berkaitan dengan pasport yang tidak jelas menyebabkan dia gagal melepasi saringan imigresen
“Selepas dia terlepas penerbangan ke Tanah Suci, pesawat itu alami gangguan teknikal dan berpatah balik ke lapangan terbang dan diperbaiki. Selepas berlepas semula, pesawat itu kembali berpatah balik kerana isu yang sama,” ujarnya.
Jelasnya, seorang juruterbang memaklumkan kepada semua penumpang bahawa pesawat tidak akan diterbangkan selagi Amer tidak bersama-sama mereka di atas kapal.
Tinjauan di ruangan komen mendapati, orang ramai meluahkan rasa kagum dengan amalan yang lelaki tersebut lakukan dan ramai menganggap tidak mustahil perkara sebegitu boleh terjadi jika Allah mengizinkan umatnya.
“Ya Allah, betul kata orang.. Bukan sebab kita banyak duit atau tiada duit tetapi kerana Allah yang menjemput kita ke Tanah Suci,” balas @NinaAzman.
“Amalan apa yang dia lakukan sehingga dia lalui proses haji yang lancar walaupun diuji dengan pelbagai halangan, kisah ini insafkan kita,” komen @Zira.
“Perjalanan Amer ke Tanah Suci ialah satu peringatan bahawa niyyah (niat), tawakkul (percaya kepada Allah) dan sabr (kesabaran) boleh membawa seseorang melalui perkara yang mustahil walaupun Amir diberitahu bahawa takdirnya tidak mustahil akan terjadi,” komen @Azwa. – KOSMO! ONLINE

Amer (kanan) yang mempunyai kisah yang membuka mata orang ramai bahawa keajaiban boleh berlaku jika Allah bersama kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
@geometry dash spam, Kisah Amer benar-benar menyentuh hati, ia adalah bukti bahawa jika Allah menghendaki, perkara yang mustahil pun boleh menjadi kenyataan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|