Ustaz Azhar dalam nada berseloroh kemudian bertanya kepada Saddiq tentang pasangannya.
Bila nak duduk berdua? Orang mana, utara ke selatan?
Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian dilihat tersipu malu dan meminta pendakwah itu untuk mendoakannya.
Doakan saya ustaz, insya-Allah.
Nanti kita bincang tepi. Mereka tengah rekod ni, bahaya ustaz.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut gembira mendengar pertanyaan Ustaz Azhar itu.
Dalam masa yang sama, mereka mendoakan agar Ahli Parlimen Muar tersebut segera mendirikan rumah tangga andai sudah bertemu jodoh.
Terima kasih Ustaz Azhar sebab wakilkan peminat.
Ustaz pun pandai nak korek rahsia YB.
Elok la Ustaz dah bagi hint suruh cepat-cepat halalkan. Kalau dah setuju semuanya, eloklah disegerakan. Perkara baik jangan ditangguh lama-lama.
Segerakanlah tak baik tunggu lama-lama, elakkan fitnah. Insya-Allah Allah mudahkan, semoga berjodoh dan berbahagia hingga ke Jannah.
Sumber: IG Prima Valet