CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 3

Kucing suka 'lepak' dalam peti sejuk, suami isteri pasang 'child lock' di rumah

[Copy link]
Post time 26-5-2025 12:10 PM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Sepasang suami isteri dari Kota Damansara di sini, terpaksa mengambil langkah luar biasa dengan memasang kunci keselamatan kanak-kanak atau child lock pada peti sejuk di rumah.


Menurut Umie Naziyrah Mat Desa, 32, tindakan itu bukan kerana anak kecil, tetapi demi menghalang kucing peliharaan mereka yang gemar berehat di dalamnya.


Langkah itu dibuat selepas beberapa insiden pintu peti sejuk terbuka sendiri akibat perbuatan kucing mereka bernama Miko yang gemar 'melepak' di dalam ruang sejuk tersebut.


"Selepas kami pulang beraya dari kampung, saya dan suami saling menyalahkan satu sama lain kerana pintu peti sejuk terbuka. Kami sangka mungkin salah seorang daripada kami terlupa menutupnya semula.


"Kami merasakan aksi tersebut amat menggelikan hati kami suami isteri," ujarnya.


Menurutnya, mereka akhirnya terpaksa membeli kunci keselamatan kanak-kanak disebabkan Miko membuka peti sejuk sendiri setiap hari.


"Pernah satu malam, Miko membuka pintu peti sejuk dan pintu itu terbuka sampai subuh," kongsi Umie Naziyrah lagi.


Bagaimanapun, kata beliau, walaupun Miko kerap masuk ke dalam peti sejuk, haiwan itu tidak pernah mencuri makanan di dalamnya.


"Miko hanya berehat menikmati suhu sejuk," katanya yang membela dua ekor kucing termasuk seekor kucing jenis British Shorthair yang cacat sebelah mata.


Terdahulu, video gelagat Miko yang dikongsikan Umie Naziyrah menerusi akaun TikTok @umienaziyrah meraih sehingga 850,400 tontonan dengan 78,800 tanda suka. - SINAR HARIAN


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2025 11:31 AM | Show all posts
hahahaha melampau panas msia ni,
smp kucing kena lepak dlm peti es plak skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2025 09:42 AM | Show all posts
Kemain demand kucing kau kak
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2025 11:53 AM | Show all posts
nak kena pasang ekon la kat umah tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.234148 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list